Memaparkan catatan dengan label jihad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jihad. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Julai 2012

Benarkah ia akan terjadi?

Bismillahirrahmanirrahim

Hamdanlillah wa syukurulillah ála kulli ni'mat... subahanallah...alhamdulilllah...Allahuakbar...
alhamdulillah sudah hampir seminggu kita menjalani ibadah di dalam bulan Ramadhan ini... terasa cepat masa berlalu... masih berbaki kurang tiga minggu sahaja lagi sebelum Ramadhan tiba ke penguhujungnya bagi tahun ini... pasti sedih saat pemergiannya... namun, rata-rata pada masa kini di penghujung Ramadhan adalah saat menyambut kegembiraan kerana berjaya melepasi bulan puasa dan gembira menyambut hari raya... jika kita melihat kisah-kisah pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu malah para alim ulama', mereka kelihatan sedih sewaktu hampir tiba di penghujung Ramadhan kerana bagi mereka Ramadhan adalah satu bulan yang sangat istimewa dan belum tentu umur panjang untuk bertemunya lagi di tahun hadapan... subhanallah... keimanan yang teguh pada Allah dalam diri mereka... andai kita dapat melihat graf iman dan amalan kita, rasanya semuanya dalam bulan Ramadhan ini semua mendapat peratusan yang paling tinggi berbanding bulan-bulan sebelumnya... tetapi Allah hide kan... kenapa?? supaya kita sentiasa berusaha mentaatinya segala perintahnya... Ya Allah... ampunilah dosa-dosa kami selama kami menarik nafas di dunia ini... terimalah segala amalan kami, khususnya solat-solat kami dan amalan wajib kami... Amin Ya Rabbalálamin...

Berbalik pada fokus utama... rata-rata kalian semua tahukan kini sedang berlangsungnya sukan olimpik di London... baru sahaja di rasmikan kelmarin yang tika itu semuanya sedang lena dalam buaian mimpi... ana teringat sewaktu menghadiri satu talk baru-baru ini, yang terkandung dalam isi-isinya yang sungguh berfaedah... yela, melihat trend pada masa kini, bila ada talk berkaitan "love"menderu semuanya datang, tetapi bila ada talk berkaitan isu semasa, isu dunia, isu hari Qiamat dan sebagainya kelihatan kurang mendapat sambutan... bagi ana, fitrah memerlukan teman hidup dan kasih sayang itu adalah satu kesempurnaan dalam diri seseorang, namun ianya perlu di uruskan dengan betul dan di bahagikan dengan sentiasa mengupdate isu-isu semasa... berbalik pada talk yang ana hadiri itu berkisah tentang iluminasi.. di sini ada sedikit bingkisan maklumat yang ana perolehi...

"Gerakan Illiminati adalah gerakan yang bergerak seperti syaitan dan apabila dunia semakin hampir dengan kiamat, gerakan-gerakan ini menjadi lebih aktif untuk menghancurkan umat manusia. WORLD NEW ORDER adalah cita-cita gerakan ini untuk mempengaruhi minda masyarakat dunia agar menentang kewujudan dan kelahiran Imam Mahdi yang kalau kita tahu, gerakan illuminati ini adalah dibawah kuasa Yahudi laknatullah. Disebabkan mereka ini percaya dengan setiap isi kandungan Al-Quran yang mengatakan Yahudi akan kalah dengan umat Islam pada akhir zaman, maka mereka telah mengatur perancangan teliti dengan mewujudkan gerakan ini bagi mengekang kelahiran Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa untuk menentang Yahudi. Kalau kita perhatikan pada hari ini, banyak pemimpin-pemimpin negara Timur Tengah telah ditumbangkan dan kita sendiri tidak pasti adakah ini kebetulan ataupun perancangan gerakan-gerakan ini sebagai langkah pertama mengekang kebangkitan pemimpin Islam yang lantang menentang negara barat. Sebenarnya Yahudi amat takut dengan bayang-bayang sendiri kerana mereka sedar bahawa Allah telah menjanjikan di dalam Al-Quran bahawa mereka akan kalah dengan dengan pahlawan-pahlawan Islam yang akan lahir pada akhir zaman. Di bawah ini terdapat satu video yang sebenarnya mengejutkan aku dan orang yang melihatnya pasti akan membuat andaian ia mungkin adalah betul dan ia jelas melalui simbol dan code rahsia yang digunakan oleh gerakan halus ini di dalam filem dan juga dimana-mana sahaja pada zaman ini. Korang nilaikan sendiri video ini dan aku berpendapat individu yang memuatnaik video ini adalah seorang yang peka kepada gerakan ini dan telah mengkaji setiap simbol dan code rahsia yang tersembunyi selama ini. Adakah kajian dan ramalan individu ini mengenai Olimpik 2012 menjadi kenyataan atau hanya untuk menjatuhkan reputasi London sebagai tuan rumah Olimpik 2012 untuk menimbulkan ketakutan kepada dunia?? Wallahualam. Hanya sekadar berhati-hati. Cuba korang lihat gambar mascot olimpik 2012. Kenapa Mascot tu mata satu??? Kenapa nampak pelik??? Apa kaitan mata satu dengan gerakan ini??? Korang mungkin dah ada jawapannya. Tapi adakah kebetulan??
anda juga boleh lawati laman ini untuk tambahan informasi... KLIK

Jumaat, 27 April 2012

Perjuangan itu mulia

Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulillah biiznillahitaa'la untuk bertemu di sini semula... insya Allah, ana cuba meluangkan sedikit masa di sini dengan sebaik mungkin... rasanya makin berkarat blog ini tidak di isi dengan pengisian....huhu seumpama hati kita juga... jika tidak diisi dengan pengisian dan tazkirah ianya juga akan berkarat dan menjadikan peribadi kita semakin tidak tentu hala... Astaghfirullah... kami sentiasa inginkan petunjuk dari Mu... kini negara kita berada di dalam proses perubahan... rakyat mula bengkit untuk menyokong perubahan baru... pasti antum semua sudah mengetahuikan... isu yang sedang menjadi topik bualan setiap masyarakat di dalam Malaysia... iaitu BERSIH... rata-rata memberikan respon bila membicarakan topik ini.... ada yang menyokong... ada yang membantah.... ada yang masih kabur-kabur tentang hal ini... dan ada yang semamangnya tidak ingin mengambil tahu berkaitan isu ini... Ana yakin sejak dari semalam lagi semangat perjuangan di dalam setiap diri penyokong yang sedang menuju ke sana semakin berkobar-kobar untuk menuntut hak yang benar... Ya Allah... Permudahkan urusan mereka semua sehingga selesai himpunan ini dan Engkau lindunganlah mereka supaya sentiasa dalam rahmatMu... ana hanya mampu mengupdate setiap berita terkini dari internet... walaupun terasa sedih kerana tidak berpeluang ke sana.... sambil mendengar lagu nasyid perjuangan... hati kian memberontak dan terasa mahu sahaja terbang ke sana terus... alhamdulillah dapat geng dalam bilik dan rakan kelas yang menyokong pada kebenaran.... lagi menambahkan semangat...hehe...