Isnin, 3 Disember 2012

Weak

Bismillahirrahmanirrahim.....

salam ukhuwahfillah buat rakan-rakan semua... saat untaian kata-kata ini di taip... ana duduk keseorangan di meja makmal komputer bertemankan laptop kesayangan... tanpa memikirkan dan melihat apa yang sedang di bentangkan oleh adik-adik sem 1 bagi subjek ict di hadapan... ana memencilkan diri duduk dibelakang sekali... seperti biasa ini lah rutin harian ana setiap minggu... jauh dari seperti diri ana yang asal.. ana cuba untuk ikhlaskan hati menghadiri kelas, menghadirkan mood untuk belajar bersama adik-adik... pelbagai perasaan yang tak terungkap dalam hati, tapi ana tak mampu nak ungkapkan.. cukuplah ianya mengalir dalam doa... semester ini ana rasai sungguh mencabar bagi ana... berdepan dengan adik-adik semester 1 yang pelbagai ragam, yang belum matang dan masih tecari-cari laluan di sini... ana cuba untuk bersangka baik, sebab Allah nak ajar ana untuk berdepan dengan pelbagai ragam manusia... ujian demi ujian di hadapi... tapi ana cuba untuk kuatkan hati bersabar dengan apa yang dihadapi... cukuplah air mata diluahkan untuk meredakan sedikit tekanan dalam diri... suhu badan mula naik sejak dari kelas pagi tadi... mata yang sentiasa pedih dan berair kerana terlalu panas...ini membataskan diri untk bergerak aktif... ya Allah... bantulah aku dalam melalui hari-hari dalam kehidupan ini...lapangkan hatiku dengan segala ketentuan-Mu... sesungguhnya Engkau telah merencanakan apa yang terbaik buatku...Amin Ya Rabb...

0 comments: