Selasa, 2 September 2014

TRIP TO YOGYAKARTA (Jogjakarta) - PART 1

Assalamualaikum semua...  untuk entry kali ni saya akan kongsikan anda semua tentang perjalanan kami dan segala persiapan kami...

Ni jadual yang saya buat untuk mempermudahkan urusan ahli trip yang lain:


SILA AMBIL PERHATIAN !!!!!
MAKLUMAT PERJALANAN:
24 OGOS 2014 (AHAD):
2.00PM - 7.00PM : Peserta mula bergerak dan berkumpul di KLIA2 (PART 1)
7.30 - 8.30 PM : Solat Maghrib dan Isyak (Jama’ Taqdim)
8.30 - 10.00 PM : Sesi Taklimat Bermula dan Penggumpulan Passport serta Duit Cukai (PART 2).. insya Allah…ada ruang di ruang legar 2M.
10.00 PM : Bersurai dan berehat di ruangan rehat KLIA2 atau di surau KLIA2 (PART 3)
25 OGOS 2014 (ISNIN):
4.00 – 5.45 AM : Bangun dan bersiap secara beransur-ansur
5.52 – 6.15 AM : Solat subuh berjemaah di surau KLIA2
6.15 – 7.30 AM : Bersiap-siap dan beratur untuk check in luggage di kaunter KLIA2
7.30 – 8.00 AM : Sarapan (masing-masing)
8.00 – 8.30 AM : Taklimat ringkas dan amanat dari pensyarah pengiring serta bacaan doa
8.30 – 9.00 AM : Bergerak menuju ke Balai Pelepasan Antarabangsa --> Kastam --> Scan Body dan Hand Luggage --> Gate terminal dan menunggu sehingga Gate di buka (PART 4)
9.45 AM : Kapal terbang mula bergerak dan dijangka tiba pada 11.20 AM di Airport Adi Sucipto Yogjakarta.
MAKLUMAT TERPERINCI:
(PART 1)
1) Peserta mula bergerak samada secara individu atau berkumpulan menuju ke KLIA2. Terdapat 4 cara untuk ke KLIA2:
1.1 Datang sendiri dengan kereta
1.2 Datang dengan Train:
* KLIA Transit Train – Boleh naik dari mana-mana stesen dan perjalanan mengambil masa 39 minit dari KL Sentral (KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya, Salak Tinggi). (RM35 sehala dari KL Sentral dan RM 26.50 dari stesen Bandar Tasik Selatan).
* Train ERL Ekspres/ KLIA Ekspress = KLIA – KL Sentral / KL Sentral – KLIA (non-stop). Perjalanan mengambil masa 33 minit ke KLIA2. (RM35 sehala)
1.3 Datang dengan teksi (RM90)
1.4 Datang dengan bas:
* skybus (RM8/per way) ( I jam 15 minit)
* Jetbus (RM 8/per way) (1 jam 15 minit) (dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke KLIA2)
* Aerobus (RM10/per way) (dari KL Sentral ke KLIA2)
* Airport Coach (RM10/per way) (dari KL Sentral ke KLIA2)
* Cityliner (dari Nilai, Banting, Seremban Ke KLIA2)
* Airport Liner (dari KTM Nilai, Bandar Baru Nilai (RM2.50), Desa Cempaka dan Desa Jasmine (RM3.50), Bandar Baru Salak Tinggi (RM2.50) (RM4/per way dari KTM NILAI)
2) Peserta digalakkan untuk membawa bungkusan bekalan makanan siap-siap dan makanan ringan seperti roti sebagai langkah penjimatan untuk tempoh makan malam sehingga sarapan pagi sebelum berlepas keesokannya. (sebabye makanan kat airport ni mahal even fast foodye 2 kali ganda harga asal).
3) Peserta di minta untuk menepati masa dan dating tepat pada waktunya untuk mengelakkan kelewatan.
4) Sila pastikan beg anda tidak melebihi 20 KG untuk baggage dan 7 KG untuk hand carry.
(PART 2)
1) Semua passport akan dikumpulkan untuk urusan penerbangan dan akan diberikan sebelum bergerak ke balai pelepasan.
2) Duit RM50 (200,000 rupiah) hendaklah di masukkan ke dalam sampul dan perlulah menulis nama penuh. Duit RM 50 ni adalah bayaran untuk cukai di airport Yogyakarta sewaktu pulang dari Indonesia ke Malaysia nanti.
3) Peserta di minta untuk mengasingkan barang atau pakaian antara hand luggage dan baggage (beg untuk di bawa masuk kargo).
4) Elakkan membawa barang terlalu banyak dan berat di dalam hand carry disebabkan untuk mengelakkan rasa penat ketika melalui skybridge untuk sampai ke pintu gate yang agak jauh.
5) Dilarang membawa air, makanan, barangan tajam, minyak urut, kepit kuku di dalam hand carry dan hendaklah menyimpannya di dalam baggage. Seandainya sensor berbunyi sila maklumkan pada imegresen.
(PART 3)
1) Seandainya peserta ingin menjelajah 1 bangunan KLIA2 sila inform kepada ketua dan penolong dan peserta dilarang untuk keluar jauh dari bangunan KLIA2.
2) Peserta diharapkan dapat menjaga adab dan tingkah laku sepanjang program berjalan.
(PART 4)
1) Berkumpul tepat pada waktunya untuk mendegar sedikit taklimat dari pensyarah iringan dan bacaaan doa.
2) Peseta diminta untuk mematuhi arahan dan menepati masa. Kelewatan berkumpul akan melambatkan urusan.
3) Sila ikut arahan dan step. ( Drop Baggage --> cek passport di balai pelepasan Antarabangsa --> Scan Passport --> Scan Body dan Hand Carry --> melalui skybridge yang panjang --> menunggu di Gate untuk masuk ke dalam kapal terbang.
Diharapkan segala info di atas dapat membantu sahabat-sahabat semua dan melancarkan segala urusan kita. Tolong sebarkan pada sahabat lain untuk melihat sebarang maklumat yang update di dalam group ini. ( ^_^)



24 AUGUST 2014 (AHAD)

Mesti korang pelik kenapa kitorang datang awal sangat, siap tidur bagai dekat KLIA2.... TERSEMANGAT GITU.... hahaha... SEBENARNYA.... ada cerita di sebaliknya... keputusan untuk tidur di KLIA2 adalah keputusan bersama semua ahli trip, antara sebab-sebabnya:

1) Pakcik bas dan semua ahli trip tidak mahu mengambil risiko kelewaatan pada pagi Isnin (25 August), jadinya pak cik bas dan ketua trip membuat keputusan untuk menghantar ahli trip pada ahad malam (24 August) lebih kurang jam 9 malam....
2) Boleh ambil kesempatan merayau-rayau dalam KLIA2...hehe.. besar teramat...( ni sebab saya sendiri..hehe)
3) Untuk elakkan kelewatan pada pagi Isnin, bukan senang nak handel 35 orang, buat ye sorang terlewat, tak ke pening kepala nak uruskan.
4)Senang untuk berkumpul dan memberikan taklimat.
5) Sebagainya.

Alhamdulillah semua ahli trip menepati masa, cume saya je terlewat datang malam tu,...haha... maafkan saya ye kawan-kawan yang lain...

Setibanya group yang menaiki bas USIM ke KLIA2, taklimat terus dijalankan hampir satu jam, penerangan detail perlu diberikan untuk mengelakkan masalah pada keesokan paginya. Antara isi taklimat berkaitan pelbagai perkara:

1) Pastikan hand carry bebas dari sebarang bentuk cairan, yang hanya dibenarkan 100ml ke bawah, sebarang bentuk tajam seperti pisau, kepit kuku, dan tidak dilupakan besi2 yang sensetif pada sensor.
2) Bangun awal dsan bersiap-siap berkumpul di hadapan balai pelepasan.
3) Dibenarkan untuk membawa makanan seperti roti, burger (tapi nasib-nasiblah lepas ke tak dekat kastam, selalunya lepas)
4)Sesi pengumpulan duit cukai sebanyak 200,000 rupiah oleh wakil ahli trip sebagai mengelakkan dari terguna duit cukai untuk shopping...hehe
5)Pemberian tag nama.
6) Pemberian boarding pass
7) Sebagainya.


(duduk di ruang legar aras 3 sebelum masuk ke sarau KLIA2)




(thank you so much my lovely partner give me chance to borrow your Ipad...hehe..tula degil xnak bawak DSLR Canon...hehe...)


Selesainya urusan taklimat, kami semua terus membawa haluan masing-masing, tapi disekitar dalam KLIA2 je. untuk yang student perempuan kami semua lepak dekat surau perempaun di tingkat 3 (Ruangan kaunter check in), ada sebahagian yang lain tidur di surau tingkat 4, ada sebahagian yang lain tidur di ruang legar di aras 2 (kalau xsilap saya), comfirm punya korang nampak orang lepak-lepak dekat tepi tiang duk tunggu flight.

Alhamdulillah, ada hikmahnya saya datang lewat, dapat port tidur yang agak selesa di surau tingkat 4 jauh lebih luas berbanding surau perempuan di aras 3, mana tak ye, surau aras 3 tu penuh dengan group kami je, ada lah bape orang awam lain yang tidur dekat situ sekali, bila bukak je pintu surau aras tidur 3 tu, dah macam sardin tengoknya masing2 bergelimpangan dengan luggage yang besar2 belaka. Nasib baik ada seorang staff KLIA2 ni baik hati, bagi suggestion untuk naik di surau aras 4, haaa... amik kau kosong, ada lah dalam 5 6 orang je yang tengah lena tidur dekat tepi2 dinding... tanpa buang masa lagi, mata dah ngantuk tapi agak payah nak tidur sebab tempat baru kan... terus cari port terbaik, dapat lah lena 2 jam sebelum bangun jam 4.30 pagi untuk bersiap-siap tukar baju formal.

oklah untuk entry yang lain, akan disambung.,... ^_^




0 comments: