Selasa, 2 September 2014

TRIP TO YOGYAKARTA (Jogjakarta)


Bismillahirrahmanirrahim......

Alhamdulillah... thumma... alhamdulillah diberi kesempatan dan ruangan waktu di penghujung cuti semester akhir ini untuk mengembara ke negara orang.... insya Allah.... saya cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak segala persiapan dari sebelum berlepas, keadaaan di sana dan seusai tiba di malaysia... diharapkan segala perkongsian ini dapat membantu readers bagi yang ingin keluar negara dan akan ke yogyakarta (Jogjakarta)...

25 August 2014 sehingga 29 August 2014 merupakan tarikh yang di tunggu-tunggu bagi rombongan trip kami untuk melaksanakan tugasan dan amanah dari universiti... pastinya setiap dari ahli rombongan menyimpan pelbagai perasaan (gembira, sedih, gementar, takut dan macam-macam lagi)... bagi yang sudah pernah ke luar negara sebelum ni seperti saya pastinya tidak merasa kekok dan terlalu gementar di sebabkan sudah ada pengalaman, namun bagi ahli rombongan yang lain yang tidak pernah ke luar negara pastinya bercampur-baur perasaan mereka... dari riak muka teman-teman jelas kelihatan cuak dan takut sehingga ditegur pihak imegresen KLIA2... kalau tak silap dalam trip yang kami pergi ini hanya 2 3 orang sahaja yang pernah ke luar negara... bayangkan perasaan  2 3 orang yang dah pernah keluarg negara ni nak handel ahli group seramai 35 orang.... fuhhhhhh.... tarik nafas panjang... memang mencabar.... tapi alhamdulillah berkat doa sahabat2  sebelum berlepas Allah permudahkan segala urusan dari awal pergi sehingga selesai pulang ke malaysia...  oh ye.... seronok sangat bercerita... lupe pulak saya nak mention... untuk trip kali ni seramai 35 orang student tahun 4 Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.... Tidak dilupakan juga orang kuat dalam trip kami iaitu pensyarah pengiring kami Ustaz Nizamuddin (kalau xsilap Dr. Nizamuddin) yang banyak mengetuai sepanjang program berlangsung di Jogjakarta...

Walaupun masing-masing tengah cuti semester dan berada di kampung halaman masing-masing, tidak menjadi masalah besar buat trip kami untuk berbincang... group whatsapp dan group FB menjadi ruangan utama bagi trip kami untuk berkomunikasi....walhal di saat akhir keberangkatan dalam seminggu sahaja lagi sebelum berlepas di uji dengan masalah besar...alhamdulillah... masalah dapat di atasi dengan baik dan sokongan dari semua ahli....

untuk entry ni.... Insya Allah.... saya akan berkongsikan sedikit sebanyak perkongsian berkaitan segala persiapan sebelum berlepas...

PERHATIAN:
** maklumat berlepas:
- 25/8/2014 (Isnin) - 9.45 AM (KLIA2) dan tiba jam 11.20 AM (jogja) - kena berada di KLIA2 3 jam SEBELUM berlepas ( sebelum jam 6.45 pagi)
** maklumat balik
- 29/8/2014 (Jumaat) - 17.15 PM ( jogja) dan tiba jam 20.40 PM (KLIA2)
1) sila pastikan PASSPORT telah dibuat dan bagi sesiapa yang sudah ada passport pastikan tarikh passport hidup 6 bulan sebelum berlepas.
2) semua Passport akan dikumpulkan sehari sebelum hari berlepas (pada hari kita berkumpul =hari ahad).
3) pastikan shbt2 telah menukarkan duit awal2 dan asingkan RM50 (150,000 RUPIAH) untuk bayaran cukai di airport jogja nanti (sebelum berlepas balik malaysia).
3) pastikan luggage (beg besar) tidak melebihi 20kg dan beg tangan tidak melebihi 7kg.
5) Duit belanja di sana seeloknya tukar siap2 di malaysia dan elakkan menukar duit di bank atau di airport disebabkan kadarye tinggi.
6) bagi sesiapa yang ada bank CIMB, MAYBANK boleh lah mengaktifkan pd international (ni sape2 yg rajin), yg ni sbg back up kalau ada mslh.
7) pastikan shbt2 sudah berada di sekitar usim sehari sebelum berlepas ( hari ahad) disebabkan akan diadakan taklimat penting dan pengumpulan passport.
8) barangan yg perlu dibawa:
-toiliteries -pakaian untuk 5 hari (agak2 jgn byk sgt) -sejadah -ubat-ubatan (sekiranya perlu)
9) lain2 penting maklumat akan dimaklumkan ketika taklimat pada hari ahad (24/8/2014)

Barang-barang yang perlu di bawa sebagai tambahan:

1) Pakaian
- mengikut berapa hari korang fly tu... kalau rajin bawak lah banyak tukar setiap hari pagi dan petang, kalau malas, rycle jela baju....hehe..sanggup xsanggup je la...hehe
- Towel bawak yg kecil je, sebab pihak hotel dah sediakan, jimat ruang beg...hehe...
- Sejadah

2)Gadget
-International plug (SANGAT2 penting)
-Charger hp, tab, ipad, kamera


 (Ni lah dia international plug sangat berguna, yang ni saya dapat time pergi haji dulu)


3)Toileteries
- Kalau rajin bawak lah, tapi sebagai back up takut di hotel x dibekalkan... selalunyakan dibekalkan

4) Alat Make up ( hahaha)
-perfume
-deadorant
-bedak, sikat
-lain-lain

sebenarnya banyak lagi, tapi rasanya masing-masing tau kan apa yang nak di bawa...hehe... lebih elok korang buat list senaraikan barang apa yang nak di bawa, senang sikit, nanti time nak balik malaysia, atleast kita boleh buat check list, takut-takut ada barang yang tertinggal ke. ^_^ utk yang ni saya sendiri listkan dan berikan penerangan dengan lebih detail bagi memudahkan segala urusan sahabat2 yang lain...


 oklah, untuk yang persiapan ni sampai di sini sahaja entry yang dapat saya share kan,.. semoga ianya memberi manfaat untuk anda semua,,, ^_^

0 comments: