Rabu, 25 Mei 2011

SAMBUTAN HARI GURU

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdlillah...dengan izin Allah
ana dapat kembali untuk mengisi ruangan blog yang serba kurang ini
mungkin disebabkan kekangan masa dan ketiadaan mood untuk mengupdate..hehe..
sementara mengisi masa rehat menanda kertas exam anak murid
 ingin ana coretkan sedikit pengalaman sebagai pendidik
hari demi hari berlalu
banyak perkara yang dipelajari dari persekitaran
semua itu lumrah kehidupan
yang pasti Allah jadikan semuanya itu ada hikmahnya...





(bersama anak murid tahun dua...berhimpit-himpit nak bergambar..tersepit ustazahnya..hehe..)

HARI GURU

sinonimnya kita sering menyambut di sekolah dulu pada setiap tahun tetapi sebagai pelajar
kini ana pula merasainya suasana menyambut hari guru sebagai guru
sungguh menyeronokan bila ukhuwah yang terjalin diantara guru utuh kerana Allah
banyak perkara yang dipelajari dari akak-akak disekolah...oleh sebab ana dalam ketogori paling muda..hehe..
(maaf..terbalik pula...)

saat tiba di sekolah...ana melangkah ke pejabat..guru-guru semua berwajah ceria walaupun hujan lebat di saat itu...masing-masing memikirkan aktiviti yang dirancangkan sebelum ini mungkin dibatalkan..namun Allah telah mengaturkan satu perancangan yang sungguh cantik..guru besar memberi arahan...para pelajar diminta untuk berkumpul di kantin untuk sesi jamuan....ana terus melangkah ke kelas yang berada ditingkat 3...dari jauh..ana sudah mendengar jeritan anak-anak murid "ustazah ashkin"...senyuman terukir menuju kelas...ana berazam pada hari itu "no marah2 pada anak murid..hehe"...tiba di kelas seorang demi seorang bersuara sehingga tak terlayan...sambil tangan menghulur hadiah hari guru...jauh di sudut penjuru, kelibat seorang pelajar yang menyendiri.."ustazah saya xada hadiah untuk ustazah..makanan pun saya xbawak.."..sayu dihati melihatnya..."ustazah xminta hadiah apa pun...cuma ustazah nak awak hadiahkan ustazah kejayaan awak...tu paling bermakna bagi ustazah.."..pujukan demi pujukan akhirnya melenturkan hatinya untuk bergerak ke kantin bersama teman-temannya...selepas selesai sesi jamuan..alhamdulillah hujan mula berhenti...aktiviti diteruskan diantara guru dan pelajar...keceriaan terpancar disetiap wajah guru dan murid...Alhamdulillah satu pengalaman baru dalam hidup ana..thanx to Allah...^_^


(terima kasih anak-anak muridku..semoga antum berjaya dalam hidup dunia & akhirat..Amin Ya Rabb)

(hadiah bagi aktiviti hari guru..alhamdulillah rezeki Allah..no 1 bagi kesemua aktiviti..)





Sabtu, 14 Mei 2011

PERIT TAPI BEHARGA

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan..tidak ternilai banyaknya…semoga Allah sentiasa menunjukkan jalan pada hamba-Nya agar tidak lupa hakikat sebenar nikmat yang Engkau berikan…keputusan peperiksaan untuk semester terakhir sudah pun keluar beberapa hari lepas…seawal pagi lagi…ana mendapat mesej dari rakan sebilik yang mengatakan keputusan sudah keluar…ketika itu segala kerja di tinggalkan sebentar,  terus sahaja mendapatkan laptop untuk online…saat membuka student portal…menggigil tangan dan berdebar-debar tidak terkata…macam-macam persoalan yang menjengah dalam kotak fikiran ketika itu… “ok ke tidak result yang aku peroleh…apapun aku redha dengan keputusan yang diterima kerana ia adalah hasil usaha ku selama ini”…bila keputusan sudah terpapar di skrin laptop..pertama sekali status paper yang di lihat terlebih dahulu..pass/fail..alhamdulillah semuanya pass..kemudian baru melihat gred yang diperolehi…alhamdulillah semuanya A..namun ada satu subjek yang dapat B.. “aku redha ya Allah.. mungkin ini balasan yang patut aku terima atas kelalaian ku...kerana aku tidak bersungguh-sungguh saat itu..”..sungguh terkilan tidak terkata..target ana untuk mendapat semua A tidak tercapai…”aku gagal buktikan pada umi dan ayah untuk dapat GPA 4.00 untuk semester terakhir”..ana pasrah dengan apa yang ana terima semua ini ada hikmahnya..sesungguhnya Allah telah mengatur sesuatu yang terbaik untuk ana jauh lebih baik berbanding apa yang ana rancangkan...namun, ana bersyukur dengan pointer yang perolehi. Sekurang-kurangnya ia sudah mengubati sakit saat pointer jatuh teruk masa semester 5…huhu… ‘ala kulli hal…semua ini satu pengalaman yang tidak dapat dilupa….rindunya suasana belajar, pensyarah, kawan-kawan…rasa tidak sabar untuk menanti hari konvo..namun ada ura-ura yang mengatakan konvo jatuh pada bulan 10…jika betul jatuh bulan 10..mungkin ana tidak dapat menghadirinya... “ tidakkk…aku nak konvo dgn kawan2..nak raihkan kejayaan menghabisan belajar dengan kawan-kawan..”…yang paling utama..aku nak raikan kejayaan diploma ku yang mendapat kelas pertama bersama umi dan ayah..”...ana serahkan semuanya pada Ilahi..sebenarnya penilaian yang sebenar datangnya dari-Nya..apakah nilaian Allah untuk ana…mungkin jauh teruknya nilaian…kerana kurangnya amalan-amalan di dunia ini…Ya Allah..teguhkan iman ku dalam melalui jalan kebenaran..Amin Ya Rabb’alamin…maaf atas salah silap penulis....ilalliqa'

Rabu, 11 Mei 2011

LANGKAH DEMI LANGKAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...dengan izin Allah...diri ini diberi peluang dan semangat serta mood untuk menghidupkan teratak dhaif ini semula...bulan mei ini terasa terlalu sunyi...mungkin ana tak bekerja...terlalu mudah untuk memikir benda yang simple sampai jadi rumit...diharapkan semuanya kembali ceria semula setelah kerja kembali....saat keseorangan di rumah...terasa sunyi teramat...setiap kali menghadap Ilahi..air mata ini mudah mengalir...terasa hati makin jauh dari-Nya...hati ini bagai kan mati..tidak di isi dengan makanan pengisian ilmu seperti dulu-dulu...teringat suasana ketika belajar di kuis...ana dan kawan-kawan sentiasa saling mengingati...bila ada majlis ilmu je...cepat je masing-masing ingatkan...setiap petang kami sama-sama berjalan kaki ke masjid sampai ke isyak...bila balik dari masjid..macam-macam cerita di buka...suka..duka..segalanya kami kongsikan bersama...Ya Allah..aku rindukan suasana seperti itu..namun rindu aku pada-Mu tiada siapa mampu tandinginya..sesungguhnya Engkau telah ciptakan semua ini untuk kami...terima kasih ya Allah...simbahilah hati-hati kami dengan ketenangan untuk terus mengingati-Mu...bila tiba hujung minggu..fikiran ni terkenang kenangan bersama kawan-kawan di rumah sewa...macam biasa lah kalau dah lama tak jumpa dikumpul segala cerita..pakat bukak cerita bila jumpa sampai tidur pukul 2 pagi...tapi yang manisnya bila kami tiba masuk waktu solat...masing-masing saling mengingati..solat jemaah bersama...kawan-kawan bila kah kita akan berjumpa semula...doa dariku..semoga kalian berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan laluan hidup antum semua...gambar di bawah menjadi tanda dalam melalui stage demi stage..semoga laluannya tidak tersasar dari syariat...Ya Allah..Kau pelihara hati kami..agar tidak leka dengan godaan-godaan dunia..Amin Ya Rabb....



Sabtu, 30 April 2011

SEMAKIN RINDU

Bismillahirrahmanirrahim... 


Sedar x sedar masa sudah hampir di pertengahan tahun..sekejap sahaja masa berlalu....
saat keseorangan di rumah...terlalu mudah ingatan ini kembali mengingati kenangan lalu bersama teman-teman seperjuangan...








kawan-kawan...bagaimana keadaan kamu semua...pastinya masing-masing sedang sibuk memikirkan haluan hidup masing-masing.....walau apa pun ...semoga perjalanan hidup kita dalam redha Allah....








teringat kata-kata ustaz mukti selaku mentor kelas ana..beliau menungkapkan "kamu semua akan lalui kehidupan yang berbeza selepas ini, ada yang mungkin akan bekerja, belajar, berkahwin....tetapi kamu tidak akan rasa manisnya ukhuwah seperti kamu belajar di kuis ini..."




ungkapan ini diluahkan ketika saat perpisahan terakhir rehlah mentoring di ulu yam bulan dua lepas....memang itulah yang ana rasai sekarang....jauh jurang perbezaannya suasana belajar dan bekerja...kadang-kala ketika sedang bekerja fikiran ini melayang sebentar mengingati kawan-kawan....bila kah kita akan bertemu kembali kawan-kawan....mungkin pertemuan terdekat selepas ini semasa konvo kita....semoga Allah merahmati ukhuwah yang terjalin ini sehingga akhir hayat....






siru 'ala barakatillah...^_^

Jumaat, 22 April 2011

KEMBALI SEMULA

Bismillahirrahamnirrahim


setinggi kesyukuran ku panjat kehadrat-Mu ya Allah kerana memberi peluang untuk diri ini meneruskan kehidupan seperti sedia kala....rasanya sudah beberapa ketika lamanya ana tidak mengupdate blog ini....tiba-tiba malam ini hadir suasana untuk mengupdatenya....tidak banyak yang hendak di cakapkan..cume ingin ana mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk kita sama-sama muhasabah diri kita di dunia ini terutamanya diri ana yang lemah ini..sudah cukup kah masa kita untuk Allah...Allah...tetapkan hati hamba-Mu ini untuk tetap terus setia pada-Mu....hindarilah kami dari leka dengan nikmat dunia....kerana kami yakin syura mu jauh lebih nikmat berbangding nikmat di dunia ini...Amin Ya Rabb....sedar tak sedar...sudah masuk dua bulan habis belajar....alhamdulillah..dengan nikmat yang diterima....terasa lamanya nak sambung belajar balik....saat keseorangan...fikiran ini mudah untuk teringat rakan-rakan seperjuangan semasa diploma...kenangan demi kenangan terlintas di benak memori ingatan ini....semoga kalian berjaya dalam hidup masing-masing....ilalliqa'....^_^




(menunggu masuk kelas madam hawa-ocupational english)

Jumaat, 15 April 2011

sikap wanita yang disenangi lelaki

Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.

Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: "Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."

(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)

1.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang [I]stress[/I], cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

2.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.

3.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

4.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

5.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

6.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

7.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru ,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

8.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

9.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.