Rabu, 16 Januari 2013

rest and rest

Allamdulillah...setelah sekian lama mendiamkan diri...kini berpeluang semula untuk mengupdate blog yang tak seberapa ni...hihi..keutamaan diberikan kepada final exam yang berlangsung selama dua minggu berturut-turut...alhamdulillah berjaya melepasinya...dan kini menanti debaran keputusannya....(lupakan sebentar tentang keputusan..hehe)..back to topic... selama 1 semester ni berlangsung pelbagai kejadian berlaku... namun, akhirnya ana berjaya mengharungi...alhamdulillah...setinggi kesyukuran kehadrat Allah...diatas segala apa yang telah DIA berikan untuk ana selama ini, di atas segala apa yang ana pinta, dimaqbulkan...agar dipermudahkan segala urusan semester 3 yang baru sahaja selesai...alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah... 


(sempat bergambar dengan sahabat baikku sebelum check out dari hospital)


                                        ****************************************

selesai sahaja tamatnya paper terakhir pada hari jumaat jam 5 petang terus sahaja mencari hp untuk menaip masej dan membuat panggilan pada rakan-rakan untuk program pada keesokan harinya...sudah semestinya berjuang ke stadium merdeka...seawal pagi sabtu perjalanan bermula...walaupun berdepan dengan pelbagai situasi...baby white tibe2 meragam....temperature naik tinggi...menggerunkan...jadiye kena tinggal kan dekat kuis...maka kami pun terpaksalah menaiki prebet ke ktm bangi...tiba sahaja di ktm bangi, sudah kelihatan ramai yang memakai baju kuning...tiba-tiba rasa tak sabar nak sampai ke himpunan...hehe...perjalanan kami diteruskan..dan alhamdulillah kami selamat tiba di stadium....situasi di stadium ketika itu sudah agak ramai walaupun kelihatan masih kosong lagi pada jam 11 pagi...namun, jumlah tu semakin bertambah dan tambah sehingga kelihatan stadium itu sangat padat dengan ratusan ribu penyokong...alhamdulillah...walaupun dalam keadaan yang sangat padat, kewajipan yang utama mesti dilakukan... seusai solat zohor langkah diaturkan ke  luar stadium mencari tempat yang bersih untuk menunaikan solat zohor...dalam keadaan sesak dan padat, mulalah laen telepon pun hilang..jenuh hantaq mesej, tak lepas (2x)...berkali-kali hantar...masa tu dapat mesej sangat berharga...hoho...jejak kasih punya pasal...tp bila dah keluar dari stadium dekat stesyen train, berderet mesej masuk...masa tu tawakal je...balik dengan kawan-kawan...dengan kepadatan orang dalam train...sampai tersalah laluan, nasib naik terperasan dan tersalah flow..ehehe...tukar train, patah balik..dalam kerisauan memikirkan tentang diri yang akan pulang keseorang...alhamdulillah...disambut seseorang di stesen...thanks to someone for guide me...








Sabtu, 12 Januari 2013

Syeikh al-Mutawalli Sya'rawi


KEALIMAN YANG DIKAGUMI, KEMATIAN YANG DITANGISI
Umat Islam hari ini terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran" telah meninggal dunia ketika berurnur 87 tahun. Beliau adalah Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi yang dilahirkan pada 19 April 1911 M di Mayyit Ghemar, Daqohliah.
Beliau menghabiskan hidupnya dengan memperjuangkan kalimah Allah SWT, menerangkan Islam dengan kefahaman yang sahih, menafsirkan al-Quran dengan uslub yang tiada bandingnya hingga mampu menarik pendengar. Beliau telah mendapat syahadah tertinggi dari kuliah Lughah Arabiah pada tahun 1941 M dan Syahadah 'Alimiyyah dengan kebenaran mengajar pada tahun 1943.
Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi pernah bertugas sebagai tenaga pengajar di Ma'ahad Dini Tanta, Ma'ahad Iskandariah dan Ma'ahad Zaqaziq, seterusnya dipanggil oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengajar di sana pada tahun 1950. Beliau berhijrah ke Universiti al-Malik Abdul Aziz al-Mukarramah sebagai pensyarah di Kuliah Syariah selama 10 tahun. Kemudian, dilantik sebagai Timbalan Mudir di Ma'ahad Tanta pada 1960 dan dinaikkan pangkat sehingga akhirnya menjadi Menteri Waqaf dan Kementerian Hal Ehwal Azhar pada tahun 1976. Beliau juga merupakan anggota Majma' Bu'uth al-Islamiyyah, anggota Majlis Syura dan juga Majma' Lughah 'Arabiyyah.
Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama as-Syeikh al-Amin (yang amanah) dan pernah dipenjara ketika beliau menuntut di Ma'had Zaqaziq selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul, seorang ulama al-Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang kerajaan. 
WASIAT
"Sebelum Syeikh Sya' rowi meninggal dunia, beliau telah mengumpulkan anak-anak cucunya lalu berwasiat agar tidak bergaduh dalam masalah harta. Sesiapa yang inginkan harta, ambillah hartanya. Malah beliau berwasiat bahawa perbalahan mereka biarlah pada masalah agama. Pusaka agama yang beliau tinggalkan ialah tafsir al-Quran, hadis dan ilmu-ilmu beliau. Beliau juga berwasiat perkara yang sama kepada seluruh umat Islam".
HIKMAH ANUGERAH ALLAH
Beliau telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan ilmu yang tinggi, ingatan yang kuat serta peribadi yang sempurna. Sewaktu beliau menjawat Menteri Waqaf Mesir, seorang doktor pernah berkata : "Aku himbang apabila kamu menjawat jawatan ini, ia akan menyibukkan kamu dalam banyak perkara". Lalu Syeikh Sya'rowi menyatakan : "Bertenang! Sesungguknya mereka (kesibukan) tidak akan dapat menewaskan aku."
Syeikh Sya'rowi menjadi Menteri Waqaf Mesir selama 2 tahun, walaupun demikian, jawatan tersebut tidak mengubah pendiriannya sedikitpun. Beliau merupakan seorang yang amat pemurah dan menafqahkan gaji yang diperolehi kepada pelajar-pelajar dan orang-orang faqir. Beliau juga amat cinta kepada kaum keluarga Nabi SAW. Beliau lebih gemar tinggal berhampiran dengan kawasan Hussain dan sentiasa menziarahi maqam Saiyyidah Nafisah serta sentiasa menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Hussain.
Syeikh Sya'rowi juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Salah seorang anaknya, Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji kepada beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan Doqdus (kampung beliau). Beliau juga mengkhaskan bayaran ceramah di radio-radio dan televisyen serta tulisan-tulisan dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah untuk kebajikan. Wang 250 juta Pound Mesir (lebih kurang 73 juta Us Dollar) yang merupakan hadiah daripada Raja Dubai telah didermakan sebanyak 500,000 Junaih (lebih kurang 146,000 Us Dollar) kepada pelajar-pelajar al-Azhar dan yang selebihnya telah didermakan kepada Kementerian Waqaf bagi diedarkan kepada penghafaz-penghafaz al-Quran.
SAAT KEMATIAN
Sebelum Syeikh Sya'rawi rneninggal dunia, beliau mengalami kesakitan yang parah pada dadanya menyebabkan beliau tidak mampu untuk hernafas dengan baik dan sakit tulang. Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad menyatakan bahawa sewaktu hampir saat kematian, beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya, "Selamat datang wahai Hussain ! Kamu telah datang sendiri berjumpa aku, aku gcmbira dengan kedatanganmu". Kemudiannya, beliau melafazkan ucapan hamdallah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasarkan wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dihawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang telah menghadiri pengkebumian beliau.

Selasa, 25 Disember 2012

semakin dekat

Ya Allah...
Ya Allah...
Ya Allah...

setinggi pengharapan aku sandarkan padaMu... di saat aku keseorangan terkontang kanting melalui laluan perjalanan hidup yang berliku ini, hanya padaMu aku sandarkan pengharapan menemaniku di setiap saat... teman untuk aku berbual, mengungapkan apa yang terbuku di hati...

semakin hampir tibanya fonal exam, semakin kuat debaran yang kian terasa...Ya Allah.. i need u... tanpa Engkau aku kosong... masa diambil sedikit untuk mencoretkan kata-kata disini, sambil2 merehatkan otak sebentar.. ya Allah, aku terima segala ujian yang Engkau berikan, walaupun berat untuk aku terimanya di saat aku ingin menghadapi final exam ini... sesungguhnya aku yakin, Engkau telah menetapkan sesuatu yang terbaik untuk aku.. alhamdulillah atas segala nikmatmu... (terasa fikiran ni sudah bercmpur baur).. Ya Allah... berikan laluan yang terbaik untuk aku... Engkau lindunganlah keluargaku dari perkara yang tidak baik... sesungguhnya segala ujian yang telah Engkau berikan untuk keluargaku, kami terimanya ia sebagai satu tarbiyah nafsi... ya Allah, jangan Engkau tarik nyawa ibu bapaku di saat aku memerlukannya... aku tiada siapa didunia ini, melainkan mereka yang Engkau ciptakan... Engkau berikan kesihatan yang baik buat mereka untuk mereka ters dapat melaksanakan segala suruhanMu di dunia ini... Amin Ya Rabb...

doakan ana tenang dalam melalui fasa final exam dan dipermudahkan urusan melaluinya....


Jumaat, 21 Disember 2012

Berakhir Sudah

Terasa masa berlalu dengan begitu pantas.... sedar tak sedar dah selesai 14 minggu pembelajaran.. banyak perkara yang dilalui sepanjang hampir 3 minggu ni... gembira, ketawa, sedih, air mata sentiasa mengalir semua ada... tak sangka ana berjaya melaluinya... walaupun penat melalui kelas dari pagi sehingga malam setiap hari, ia satu pengorbanan yang sangat besar... Kebergantungan pada Allah diperlukan setiap masa..alhamdulillah Allah banyak memudahkan segala urusan ana pada semester ini... bermulanya study week bagi semua warga IPTA khususnya usim... pastinya ramai yang telah menyusun langkah untuk pulang ke kampung halaman,  begitu juga ana... mengambil sedikit masa untuk pulang ke rumah mengubat kerinduan pada umi dan ayah... akhir kalam... doakan dipermudahkan segala urusan ana sepanjang peperiksaa final berlangsung selama 2 minggu.. barakallahulakum... bitttaufiqwannajah filimtihan...


Isnin, 3 Disember 2012

Weak

Bismillahirrahmanirrahim.....

salam ukhuwahfillah buat rakan-rakan semua... saat untaian kata-kata ini di taip... ana duduk keseorangan di meja makmal komputer bertemankan laptop kesayangan... tanpa memikirkan dan melihat apa yang sedang di bentangkan oleh adik-adik sem 1 bagi subjek ict di hadapan... ana memencilkan diri duduk dibelakang sekali... seperti biasa ini lah rutin harian ana setiap minggu... jauh dari seperti diri ana yang asal.. ana cuba untuk ikhlaskan hati menghadiri kelas, menghadirkan mood untuk belajar bersama adik-adik... pelbagai perasaan yang tak terungkap dalam hati, tapi ana tak mampu nak ungkapkan.. cukuplah ianya mengalir dalam doa... semester ini ana rasai sungguh mencabar bagi ana... berdepan dengan adik-adik semester 1 yang pelbagai ragam, yang belum matang dan masih tecari-cari laluan di sini... ana cuba untuk bersangka baik, sebab Allah nak ajar ana untuk berdepan dengan pelbagai ragam manusia... ujian demi ujian di hadapi... tapi ana cuba untuk kuatkan hati bersabar dengan apa yang dihadapi... cukuplah air mata diluahkan untuk meredakan sedikit tekanan dalam diri... suhu badan mula naik sejak dari kelas pagi tadi... mata yang sentiasa pedih dan berair kerana terlalu panas...ini membataskan diri untk bergerak aktif... ya Allah... bantulah aku dalam melalui hari-hari dalam kehidupan ini...lapangkan hatiku dengan segala ketentuan-Mu... sesungguhnya Engkau telah merencanakan apa yang terbaik buatku...Amin Ya Rabb...

Sabtu, 1 Disember 2012

Sepetang Bersama

Bismillahirahmanirrahim...
wassolatuwassalamu'ala saidina Muhammad SAW... lama betul tak updat blog yang tak chantek ni...hehe... sibuk punya pasal... sempat jengah kejap-kejap je...tak boleh lama sebab ada je keje kena buat... apa khabar antum semua..?..semua antum semua berada dalam keadaan sihat wal'afiat... alhamdulillah, ana sudah tiba ke fasa hujung sesi pembelajaran...sudah semakin hampir dengan final exam... debaran kian terasa...10 subjek yang bakal diduduki untuk final exam... tidak dpat dibayangkan bagai mana susasananya nanti... hampir setiap hari mempunyai paper.. dan ada 3 hari mempunyai paper pagi dan petang... pastinya... kunci utamanya ialah bermula dari sekarang untuk membuat ulang kaji... doakan ana dipermudahkan urusan... ^_____^

alhamdulillah pagi tadi, ana dapat berpeluang merasai satu pengalama baru menaiki bukit broga bersama rakan sebilik... hepi dorang dapat naik bukit broga.... bagi ana advanture tapi bagi orang yang sudah biasa menaiki gunung, satu perkara kelaziman... penat tetap penat... sampai tak terkira berapa banyak kali stop....hehe...syukran buat teman ana, yang setia berada di sisi sejak dari awal pendakian sehingga selamat turun... untuk menjaga keselamatan bakal isterinya ni...hehe...

'ala kulli hal... doakan ana di sini berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan...=)