Isnin, 8 Disember 2014

Singgah Sebentar

Wahhhh... dah lama rasanya sy tak update blog sendiri.... buzy bebenor... haha... banyak benda nak uruskan lagi2 final sem... fuhhh... terkejar2.... pejam celik, pejam celik tinggal 1 minggu sahaja lagi sebelum kuliah tamat... lebih kurang 3 minggu je lagi nak bertemu encik final...hehe... gerun ye... tesis x setel lagi... target minggu ni nak proceed draft before buat cover tesis... still kena tambah lagi...huhu... nak buat macam mana... sabar jela menempuhnya... macam tak percaya dah nak habiskan belajar... wauuuu... tahun depan start bulan 2 sampai bulan 6... lepas tu.... weeee... hehe... kita nantikan majlisnya...hehe... lambat atau cepat tengok pada keadaan semasa...hehe.... doa-doakan untuk urusan majlis walimah kami dipermudahkan.... Allahumma Amin,..

Sebelum terlupe, rasanya sy nak wish kat sini jugak lah, even dah wish by mesej... hehe... tahniah awak atas position kerja yg sudah stabil sekarang... i'm happy for u... dah boleh start menanbung untuk keperluan akan datang.... kita utamakan dharuriyyat dulu ye...hehe... kumpul duit untuk beli rumah, keperluan anak-anak, kecemasan dan sebagainya... sy sentiasa doakan untuk awak agar diberikan position lebih baik dan boleh naik gred position lagi akan datang... untuk position yang ni sy betul2 happy bila tahu, Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan awak dan maqbulkan doa kita... Alhamdulillah....

thanx u so much to being my closely partner in my life. thanx u for everthing whatever u give me, especially belanja makan, bagi makan sy secukupnya, patot badan sy makin kembang...hehe.. badan awk pun sama makin kembang juga...hehe... banyak ujian sama ada kecil atau besar kita sama2 hadapi, walaupun kadang kala, kita berdua sedikit beremosi bila face the situation, masing2 muda lagi, but, u are always become cool first than me...hehe... kita cuba facing together then solve together... ^_^

berbalik pada cerita mula-mula tadi, rasa kejap je belajar dekat nilai ni, dah nak habis dah... lumrah kehidupan, sejauh mana pun kita belajar, kita tetap kena berkerja.... oklah, sy nak sambung kerja semula... jumpa lagi... asssalamualaikum..

Selasa, 2 September 2014

TRIP TO YOGYAKARTA (Jogjakarta) - PART 1

Assalamualaikum semua...  untuk entry kali ni saya akan kongsikan anda semua tentang perjalanan kami dan segala persiapan kami...

Ni jadual yang saya buat untuk mempermudahkan urusan ahli trip yang lain:


SILA AMBIL PERHATIAN !!!!!
MAKLUMAT PERJALANAN:
24 OGOS 2014 (AHAD):
2.00PM - 7.00PM : Peserta mula bergerak dan berkumpul di KLIA2 (PART 1)
7.30 - 8.30 PM : Solat Maghrib dan Isyak (Jama’ Taqdim)
8.30 - 10.00 PM : Sesi Taklimat Bermula dan Penggumpulan Passport serta Duit Cukai (PART 2).. insya Allah…ada ruang di ruang legar 2M.
10.00 PM : Bersurai dan berehat di ruangan rehat KLIA2 atau di surau KLIA2 (PART 3)
25 OGOS 2014 (ISNIN):
4.00 – 5.45 AM : Bangun dan bersiap secara beransur-ansur
5.52 – 6.15 AM : Solat subuh berjemaah di surau KLIA2
6.15 – 7.30 AM : Bersiap-siap dan beratur untuk check in luggage di kaunter KLIA2
7.30 – 8.00 AM : Sarapan (masing-masing)
8.00 – 8.30 AM : Taklimat ringkas dan amanat dari pensyarah pengiring serta bacaan doa
8.30 – 9.00 AM : Bergerak menuju ke Balai Pelepasan Antarabangsa --> Kastam --> Scan Body dan Hand Luggage --> Gate terminal dan menunggu sehingga Gate di buka (PART 4)
9.45 AM : Kapal terbang mula bergerak dan dijangka tiba pada 11.20 AM di Airport Adi Sucipto Yogjakarta.
MAKLUMAT TERPERINCI:
(PART 1)
1) Peserta mula bergerak samada secara individu atau berkumpulan menuju ke KLIA2. Terdapat 4 cara untuk ke KLIA2:
1.1 Datang sendiri dengan kereta
1.2 Datang dengan Train:
* KLIA Transit Train – Boleh naik dari mana-mana stesen dan perjalanan mengambil masa 39 minit dari KL Sentral (KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya, Salak Tinggi). (RM35 sehala dari KL Sentral dan RM 26.50 dari stesen Bandar Tasik Selatan).
* Train ERL Ekspres/ KLIA Ekspress = KLIA – KL Sentral / KL Sentral – KLIA (non-stop). Perjalanan mengambil masa 33 minit ke KLIA2. (RM35 sehala)
1.3 Datang dengan teksi (RM90)
1.4 Datang dengan bas:
* skybus (RM8/per way) ( I jam 15 minit)
* Jetbus (RM 8/per way) (1 jam 15 minit) (dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke KLIA2)
* Aerobus (RM10/per way) (dari KL Sentral ke KLIA2)
* Airport Coach (RM10/per way) (dari KL Sentral ke KLIA2)
* Cityliner (dari Nilai, Banting, Seremban Ke KLIA2)
* Airport Liner (dari KTM Nilai, Bandar Baru Nilai (RM2.50), Desa Cempaka dan Desa Jasmine (RM3.50), Bandar Baru Salak Tinggi (RM2.50) (RM4/per way dari KTM NILAI)
2) Peserta digalakkan untuk membawa bungkusan bekalan makanan siap-siap dan makanan ringan seperti roti sebagai langkah penjimatan untuk tempoh makan malam sehingga sarapan pagi sebelum berlepas keesokannya. (sebabye makanan kat airport ni mahal even fast foodye 2 kali ganda harga asal).
3) Peserta di minta untuk menepati masa dan dating tepat pada waktunya untuk mengelakkan kelewatan.
4) Sila pastikan beg anda tidak melebihi 20 KG untuk baggage dan 7 KG untuk hand carry.
(PART 2)
1) Semua passport akan dikumpulkan untuk urusan penerbangan dan akan diberikan sebelum bergerak ke balai pelepasan.
2) Duit RM50 (200,000 rupiah) hendaklah di masukkan ke dalam sampul dan perlulah menulis nama penuh. Duit RM 50 ni adalah bayaran untuk cukai di airport Yogyakarta sewaktu pulang dari Indonesia ke Malaysia nanti.
3) Peserta di minta untuk mengasingkan barang atau pakaian antara hand luggage dan baggage (beg untuk di bawa masuk kargo).
4) Elakkan membawa barang terlalu banyak dan berat di dalam hand carry disebabkan untuk mengelakkan rasa penat ketika melalui skybridge untuk sampai ke pintu gate yang agak jauh.
5) Dilarang membawa air, makanan, barangan tajam, minyak urut, kepit kuku di dalam hand carry dan hendaklah menyimpannya di dalam baggage. Seandainya sensor berbunyi sila maklumkan pada imegresen.
(PART 3)
1) Seandainya peserta ingin menjelajah 1 bangunan KLIA2 sila inform kepada ketua dan penolong dan peserta dilarang untuk keluar jauh dari bangunan KLIA2.
2) Peserta diharapkan dapat menjaga adab dan tingkah laku sepanjang program berjalan.
(PART 4)
1) Berkumpul tepat pada waktunya untuk mendegar sedikit taklimat dari pensyarah iringan dan bacaaan doa.
2) Peseta diminta untuk mematuhi arahan dan menepati masa. Kelewatan berkumpul akan melambatkan urusan.
3) Sila ikut arahan dan step. ( Drop Baggage --> cek passport di balai pelepasan Antarabangsa --> Scan Passport --> Scan Body dan Hand Carry --> melalui skybridge yang panjang --> menunggu di Gate untuk masuk ke dalam kapal terbang.
Diharapkan segala info di atas dapat membantu sahabat-sahabat semua dan melancarkan segala urusan kita. Tolong sebarkan pada sahabat lain untuk melihat sebarang maklumat yang update di dalam group ini. ( ^_^)



24 AUGUST 2014 (AHAD)

Mesti korang pelik kenapa kitorang datang awal sangat, siap tidur bagai dekat KLIA2.... TERSEMANGAT GITU.... hahaha... SEBENARNYA.... ada cerita di sebaliknya... keputusan untuk tidur di KLIA2 adalah keputusan bersama semua ahli trip, antara sebab-sebabnya:

1) Pakcik bas dan semua ahli trip tidak mahu mengambil risiko kelewaatan pada pagi Isnin (25 August), jadinya pak cik bas dan ketua trip membuat keputusan untuk menghantar ahli trip pada ahad malam (24 August) lebih kurang jam 9 malam....
2) Boleh ambil kesempatan merayau-rayau dalam KLIA2...hehe.. besar teramat...( ni sebab saya sendiri..hehe)
3) Untuk elakkan kelewatan pada pagi Isnin, bukan senang nak handel 35 orang, buat ye sorang terlewat, tak ke pening kepala nak uruskan.
4)Senang untuk berkumpul dan memberikan taklimat.
5) Sebagainya.

Alhamdulillah semua ahli trip menepati masa, cume saya je terlewat datang malam tu,...haha... maafkan saya ye kawan-kawan yang lain...

Setibanya group yang menaiki bas USIM ke KLIA2, taklimat terus dijalankan hampir satu jam, penerangan detail perlu diberikan untuk mengelakkan masalah pada keesokan paginya. Antara isi taklimat berkaitan pelbagai perkara:

1) Pastikan hand carry bebas dari sebarang bentuk cairan, yang hanya dibenarkan 100ml ke bawah, sebarang bentuk tajam seperti pisau, kepit kuku, dan tidak dilupakan besi2 yang sensetif pada sensor.
2) Bangun awal dsan bersiap-siap berkumpul di hadapan balai pelepasan.
3) Dibenarkan untuk membawa makanan seperti roti, burger (tapi nasib-nasiblah lepas ke tak dekat kastam, selalunya lepas)
4)Sesi pengumpulan duit cukai sebanyak 200,000 rupiah oleh wakil ahli trip sebagai mengelakkan dari terguna duit cukai untuk shopping...hehe
5)Pemberian tag nama.
6) Pemberian boarding pass
7) Sebagainya.


(duduk di ruang legar aras 3 sebelum masuk ke sarau KLIA2)




(thank you so much my lovely partner give me chance to borrow your Ipad...hehe..tula degil xnak bawak DSLR Canon...hehe...)


Selesainya urusan taklimat, kami semua terus membawa haluan masing-masing, tapi disekitar dalam KLIA2 je. untuk yang student perempuan kami semua lepak dekat surau perempaun di tingkat 3 (Ruangan kaunter check in), ada sebahagian yang lain tidur di surau tingkat 4, ada sebahagian yang lain tidur di ruang legar di aras 2 (kalau xsilap saya), comfirm punya korang nampak orang lepak-lepak dekat tepi tiang duk tunggu flight.

Alhamdulillah, ada hikmahnya saya datang lewat, dapat port tidur yang agak selesa di surau tingkat 4 jauh lebih luas berbanding surau perempuan di aras 3, mana tak ye, surau aras 3 tu penuh dengan group kami je, ada lah bape orang awam lain yang tidur dekat situ sekali, bila bukak je pintu surau aras tidur 3 tu, dah macam sardin tengoknya masing2 bergelimpangan dengan luggage yang besar2 belaka. Nasib baik ada seorang staff KLIA2 ni baik hati, bagi suggestion untuk naik di surau aras 4, haaa... amik kau kosong, ada lah dalam 5 6 orang je yang tengah lena tidur dekat tepi2 dinding... tanpa buang masa lagi, mata dah ngantuk tapi agak payah nak tidur sebab tempat baru kan... terus cari port terbaik, dapat lah lena 2 jam sebelum bangun jam 4.30 pagi untuk bersiap-siap tukar baju formal.

oklah untuk entry yang lain, akan disambung.,... ^_^




TRIP TO YOGYAKARTA (Jogjakarta)


Bismillahirrahmanirrahim......

Alhamdulillah... thumma... alhamdulillah diberi kesempatan dan ruangan waktu di penghujung cuti semester akhir ini untuk mengembara ke negara orang.... insya Allah.... saya cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak segala persiapan dari sebelum berlepas, keadaaan di sana dan seusai tiba di malaysia... diharapkan segala perkongsian ini dapat membantu readers bagi yang ingin keluar negara dan akan ke yogyakarta (Jogjakarta)...

25 August 2014 sehingga 29 August 2014 merupakan tarikh yang di tunggu-tunggu bagi rombongan trip kami untuk melaksanakan tugasan dan amanah dari universiti... pastinya setiap dari ahli rombongan menyimpan pelbagai perasaan (gembira, sedih, gementar, takut dan macam-macam lagi)... bagi yang sudah pernah ke luar negara sebelum ni seperti saya pastinya tidak merasa kekok dan terlalu gementar di sebabkan sudah ada pengalaman, namun bagi ahli rombongan yang lain yang tidak pernah ke luar negara pastinya bercampur-baur perasaan mereka... dari riak muka teman-teman jelas kelihatan cuak dan takut sehingga ditegur pihak imegresen KLIA2... kalau tak silap dalam trip yang kami pergi ini hanya 2 3 orang sahaja yang pernah ke luar negara... bayangkan perasaan  2 3 orang yang dah pernah keluarg negara ni nak handel ahli group seramai 35 orang.... fuhhhhhh.... tarik nafas panjang... memang mencabar.... tapi alhamdulillah berkat doa sahabat2  sebelum berlepas Allah permudahkan segala urusan dari awal pergi sehingga selesai pulang ke malaysia...  oh ye.... seronok sangat bercerita... lupe pulak saya nak mention... untuk trip kali ni seramai 35 orang student tahun 4 Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.... Tidak dilupakan juga orang kuat dalam trip kami iaitu pensyarah pengiring kami Ustaz Nizamuddin (kalau xsilap Dr. Nizamuddin) yang banyak mengetuai sepanjang program berlangsung di Jogjakarta...

Walaupun masing-masing tengah cuti semester dan berada di kampung halaman masing-masing, tidak menjadi masalah besar buat trip kami untuk berbincang... group whatsapp dan group FB menjadi ruangan utama bagi trip kami untuk berkomunikasi....walhal di saat akhir keberangkatan dalam seminggu sahaja lagi sebelum berlepas di uji dengan masalah besar...alhamdulillah... masalah dapat di atasi dengan baik dan sokongan dari semua ahli....

untuk entry ni.... Insya Allah.... saya akan berkongsikan sedikit sebanyak perkongsian berkaitan segala persiapan sebelum berlepas...

PERHATIAN:
** maklumat berlepas:
- 25/8/2014 (Isnin) - 9.45 AM (KLIA2) dan tiba jam 11.20 AM (jogja) - kena berada di KLIA2 3 jam SEBELUM berlepas ( sebelum jam 6.45 pagi)
** maklumat balik
- 29/8/2014 (Jumaat) - 17.15 PM ( jogja) dan tiba jam 20.40 PM (KLIA2)
1) sila pastikan PASSPORT telah dibuat dan bagi sesiapa yang sudah ada passport pastikan tarikh passport hidup 6 bulan sebelum berlepas.
2) semua Passport akan dikumpulkan sehari sebelum hari berlepas (pada hari kita berkumpul =hari ahad).
3) pastikan shbt2 telah menukarkan duit awal2 dan asingkan RM50 (150,000 RUPIAH) untuk bayaran cukai di airport jogja nanti (sebelum berlepas balik malaysia).
3) pastikan luggage (beg besar) tidak melebihi 20kg dan beg tangan tidak melebihi 7kg.
5) Duit belanja di sana seeloknya tukar siap2 di malaysia dan elakkan menukar duit di bank atau di airport disebabkan kadarye tinggi.
6) bagi sesiapa yang ada bank CIMB, MAYBANK boleh lah mengaktifkan pd international (ni sape2 yg rajin), yg ni sbg back up kalau ada mslh.
7) pastikan shbt2 sudah berada di sekitar usim sehari sebelum berlepas ( hari ahad) disebabkan akan diadakan taklimat penting dan pengumpulan passport.
8) barangan yg perlu dibawa:
-toiliteries -pakaian untuk 5 hari (agak2 jgn byk sgt) -sejadah -ubat-ubatan (sekiranya perlu)
9) lain2 penting maklumat akan dimaklumkan ketika taklimat pada hari ahad (24/8/2014)

Barang-barang yang perlu di bawa sebagai tambahan:

1) Pakaian
- mengikut berapa hari korang fly tu... kalau rajin bawak lah banyak tukar setiap hari pagi dan petang, kalau malas, rycle jela baju....hehe..sanggup xsanggup je la...hehe
- Towel bawak yg kecil je, sebab pihak hotel dah sediakan, jimat ruang beg...hehe...
- Sejadah

2)Gadget
-International plug (SANGAT2 penting)
-Charger hp, tab, ipad, kamera


 (Ni lah dia international plug sangat berguna, yang ni saya dapat time pergi haji dulu)


3)Toileteries
- Kalau rajin bawak lah, tapi sebagai back up takut di hotel x dibekalkan... selalunyakan dibekalkan

4) Alat Make up ( hahaha)
-perfume
-deadorant
-bedak, sikat
-lain-lain

sebenarnya banyak lagi, tapi rasanya masing-masing tau kan apa yang nak di bawa...hehe... lebih elok korang buat list senaraikan barang apa yang nak di bawa, senang sikit, nanti time nak balik malaysia, atleast kita boleh buat check list, takut-takut ada barang yang tertinggal ke. ^_^ utk yang ni saya sendiri listkan dan berikan penerangan dengan lebih detail bagi memudahkan segala urusan sahabat2 yang lain...


 oklah, untuk yang persiapan ni sampai di sini sahaja entry yang dapat saya share kan,.. semoga ianya memberi manfaat untuk anda semua,,, ^_^

Sabtu, 9 Ogos 2014

Fuuuhhh...Hembus...Hembus

بسم الله الرحمن الرحيم


Dah lama sungguh tak menjengah ke blog sendiri... berhabuk betul....hehe.... sampaikan email dan password sendiri boleh lupa... email ok lagi.... password terus tak ingat... nampak sangat dah lama tak singah blog sendiri.... 

rasanya masih tak terlambat lagi untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.... (lambat bebeno wish)..hehe..maafkan  kesalahan salah seandainya ada menguris hati mana-mana pihak atau buat terasa hati... maafkan saya ye... ^_^

dah hujung-hujung baru nak update blog... awal-awal cuti buat apa haaaa.... bz memanjang... bz rehat ada lah...hehe... tak lama je lagi nak naik semester baru... insya Allah... smeester terakhir di usim... tak sabar rasanya nak habis belajar.... mana tak ye rasaye saya je yang masih terkial-kial belajar... kawan-kawan yang lain semua dah kerja meletop2.... kadang-kadang terasa down jugak kan, yela kawan-kawan dipersekitaran semua dah konvo degree dan dah berkerjaya semua... saya ni masih menghadap buku, menghadap assigment, menghadap presentation.... nak buat macam mana... rezeki masing-masing... pasti ada hikmah disebaliknya... tak gitu kan...  thank you so much to my lovely parent and my lovely partner... you are always beside me and keep give me support to finish  my study... alhamdulillah dengan rezeki yang ada sekarang.... (jangan sedih-sedih lagiye... pujuk diri sendiri...^_^)


dalam kiraaan di jari lebih kurang hanya berbaki 2 minggu sahaja lagi berada di rumah... lepas tu dah duduk di kampus meneruskan kehidupan di sana... owh tidak.... tak puas lagi nak cuti... nak rehat2... =(

hujung bulan ni dah sibuk dengan trip ke yogyakarta selama 5 hari... lepas tu mungkin direct terus ke usim.... huhu.... x puas nak rehat kat rumah...hehe..

oklah.. nak siap-siap prepared juadah berbuka untuk umi berbuka... semoga umi cepat sihat.... (mood risau)... syafakillah...





Rabu, 21 Mei 2014

Kehidupan Perlu Diteruskan

بسم الله الرحمن الرحيم

(Bila nak taip malam-malam macam ni mulalah feeling tu lain macam....)

21 Mei 2014......

Adalah hari ana akan ingati sampai bila-bila.... dalam satu hari menempuh dua ujian yang bagi ana agak menguji kekuatan diri ana... perit?.. pastinya terasa sakit untuk menempuhnya...ya Allah...sungguh aku tabahkan hati untuk melaluinya sungguhpun kaki ku terasa lemah untuk bertapak menahan diri dari rebah... kalau hari sebelum ni, hari-hari yang ana lalui terasa tenang dan sentiasa ceria bersama kawan-kawan... namun, hari ini emosi ku terus dijentik dan terusik... bermula perjalanan dari pagi tadi cukup mengusik emosi kecil ana... tanpa disedari air mata terus mengalir dan mengalir... waktu tu terasa mahu berhentikan sekejap masa...akan tetapi, kelihatan masa terus cepat berlalu pergi... perjalanan di teruskan ke KLIA diiringi dengan suasana sebak... tahan shikin..tahan... tanpa disedari jam menunjukkan 1.30 petang... ya Allah...saat itu terasa masa berjalan sepintas laju...saat itu air mata tidak mampu untuk ditahan lagi...melihat langkahnya terus di atur ke pintu pelepasan... setiap inci ruang yang ada, lirik mataku tidak berhenti melihatnya berlalu pergi dengan linangan air mata sehinggalah hilang dari pandangan...hanya doa yang mampu ku kirimkan buatmu...


untuk kamu...
* jaga diri baik-baik di negara orang ye... terutamanya jaga iman....
* rajin-rajin contact orang dekat malaysia ni ye... ^_^..


belum sempat reda lagi kesedihan yang dilalui...ditambah pula kesedihan kedua bila mana...keputusan kolej kediaman "tidak berjaya"... ya ALLAH... saat itu terasa seperti kosong... selalunya ada orang yang akan bagi kata-kata semangat dan nasihat...tapi, dia dah semakin jauh meninggalkan bumi malaysia dan terus terbang tinggi di langit...terasa diri hampir rebah menerima ujian kedua.... saat itu, tak dapat nak gambarkan perasaan yang ada...ya Allah.. kuatkan aku...






semoga diriku terus kuat untuk menempuh kehidupan di sini tanpa dia di sisi buat sementara waktu...doakan ana terus kuat...



(wajah ceria sebelum berlepas)






Jumaat, 9 Mei 2014

I'm Come Back

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه وأجمعين


Tiba-tiba hati ana terdetik untuk log in teratak buruk ana ni... asyik lalu je... dalam hati membuak-buak teringin nak update post...hehe... dan 2 bulan lebih teratak buruk ana ni terbiar dek kerana kesibukan belajar (dalam hati bermonolog: sibuk sangat ke..hehe)... sampaikan beberapa kali log in... *incorrect password..hehe.. nampak sangat dah lama x log in blog sendiri... debaran untuk tiba ke final kian terasa..bebaki kurang sebulan sahaja lagi bakal menempuhnya... dan debaran kian terasa menunggu tajuk tesis di umumkan bersama dengan supervisor....waaaahhh... siapakah supervisorku.... Ya Allah..berikan aku supervisor melayu... pleaseeeeee....tolong aku ya Allah... permudahan urusan tesisku pada semester hadapan... but, still risau pasal kolej kediaman semester depan... dapat duduk kat mana lah agak2nya... harapnya Allah berikan penempatan yang terbaik buat ku.... 

(alamak...mata dah mengantuk...macam mana nak study ni....hehe...take 5... untuk update kejap...hehe..)

sambung semula... dalam fikiran ni macam-macam di fikirkan...kalau diikutkan perasaan pasti akan sebak dan menangis... tapi try think positif... kuatkan semangat...alhamdulillah...kembali pulih... dalam fikiran sentiasa memikirkan keadaan diri sendiri tatkala berjauhan kelak...(insya Allah dimurahkan rezeki Allah)...

Dalam hati sentiasa bermonolog:

*kuatkah aku menempuhnya???
*Pasti aku tidak akan berhenti menangis...
*rindu???...semestinya...
*contact... pastinya x dirasai seperti contact ketika berada di Malaysia...
*Nak share masalah pun terbatas sebab dah berjauhan....
*.......................


Namun, jauh di sudut hati ini... hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan yang ana rasai ketika ini.... (alamak...sebak lah pulak...tiba-tiba dah bergenang je air mata)... cukuplah takat tu... air mata ni laju pulak keluarnya... akhir kalam....ana mohon maaf andai ada terkasar bahasa... Assalamualaikum...




(Thank you so much to en. razin penuhi permintaan kita...even bukan kita berdua je pegi..tapi bersama kawan yang lain...)

Rabu, 19 Februari 2014

Kehidupan Baru

Bismillahirrahmanirrahim.....

alhamdulillah.. permulaan semester baru ini berjalan dengan lancar... tidak seperti semester2 lepas... 1 week boleh relax2 lagi.. nanti dah masuk minggu seterusnya... haaa.... siaplah...hehe... alhamdulillah juga dengan kehidupan sekarang bertambah bahagia dan ceria... subhanallah... segala apa yang Engkau rencanakan dalam hidup ini... memberikan kami banyak pengajaran dan pengalaman untuk meneruskan kehidupan akan datang... tak boleh nak panjang lebar... saya mendoakan antum semua sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah... amin... tak boleh lama ni... perlu menyambung kerja semula... jumpa lagi...

Ahad, 9 Februari 2014

Jemputan tersusun

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah... berlalunya hujung minggu semalam bermakna makin dekatlah diriku untuk melangkah semula ke kampus... oh tidak... tak puas cuti lagi... hehe... terasa belum sedia lagi nak masuk belajar lagi sebab mood tak sampai lagi... (alasan je..hehe)... apakan daya... adat belajar... kene ditempuhi juga...huhu... cuti semester ni banyak benda dipelajari dan dijadikan pengajaran... subhanallah... segala apa yang terjadi dalam diriku ini sangat memberiku kekuatan untuk kuat melangkah menghadapi kehidupan akan datang...

Berbalik pada tajuk di atas... pastinya semuanya sudah mengetahuinya... untuk permulaannya... tahniah diucapkan pada sahabat-sahabatku yang sudah selamat memasuki fasa alam rumahtangga... hujung minggu pada cuti semester ni dipenuhi dengan undangan perkahwinan... dan hari ini juga rakan serumah usim ana bakal menamatkan zaman bujangnya... tahniah untuk adik nuriel izati... keep strong untuk jalani kehidupan berumahtangga semasa belajar... maaf tak dapat hadir... hanya doa di kirimkan untuk awak dan pasangan...

Seronok melihat kawan-kawan semua dah berumah tangga.. tapi kita hanya melihat dari mata kasar sahaja... sebenarnya tanggung jawab yang digalas itu lagi besar...  yang penting perbanyakkan mencari dan menambah ilmu rumahtangga, walaupun sudah berumahtangga...hehe..


sambil-sambil buat kerja tu... sempat juga ana menjenguk ke "muka buku" sebentar melihat segala yang diupdate disitu... dan terlihat gambar walimah sahabat baik ana di majlis bertandang ke rumah pihak lelaki... "Subhanallah cantiknya awak nurul... gembira sahabat di sini melihat ye"... tiba-tiba teringat kenangan satu bilik ketika semester 1 di KUIS dulu... maklumlah baru habis zaman persekolahan dan baru mula berganjak ke zaman universiti... agak terkejut juga... apa tidaknya sebilik dan serumah dengan rakan-rakan yang datang dari pelbagai negeri... teringat kak nor dan nurul aqilah yang merupakan rakan sebilikku pada semester 1 dulu... alhamdulillah... kak nor selamat kahwin dan sudah mempunyai dua cahaya mata, nurul pula baru sahaja kahwin minggu lepas... dan "ana"...hehe... alhamdulillah... lepas k.nor pindah bilik... masuk pula nazura yang sehingga kini tetap rapat... alhamdulillah.. lepas ni awak pulak ye...hehe...


sebagai penutupnya... kiriman doa untuk sahabat semua yang sudah memasuki alam rumatangga...

semoga bahtera rumatangga yang dibina kekal sehingga akhir hayat dan seterusnya bersama hingga ke syurga Allah... sementara ada masa terluang ni... ana kepilkan sedikit gambar-gambar walimah sahabat2...








(mabruk 'alaikuma sahabatku sayang nurul aqilah husaini... rakan satu sekolah di samttaj dan sebiik di kuis)



(mabruk'alaikuma qayyum... rakan sekolah di samttaj)



(mabruk 'alaikuma falahah dan rozaini... kedua-duanya rakan se batch 1 sekolah di samttaj)
-aip2... yang tepi tu bukan main lagi posingye... doakan kami ye...^_^
thanx to mama en. razin tunggu di tepi bagi peluang kami amik gambar berdua bersama pengantin...
macam ikut turutan ketinggian pulak..hihi...

(mabruk 'alaikuma salha... sahabat sekelas di Kuis)



(mabruk'alaikuma nurul... rakan sepermainan sejak kecil lagi)



maaf atas segala kekurangan yang ada... sehingga berjumpa lagi ruangan akan datang.... Assalamualaikum w.b.t...





Selasa, 4 Februari 2014

2 weeks more

بسم الله الرحن الرحيم

alhamdulillah Allah masih berikan rezeki kesihatan buat diri ana... sedar tak sedar hampir 2 mingu berlalu dan masih berbaki tidak sampai dua minggu lagi untuk menyambung semula semester baru... oh tidak... i'm not ready yet.... huhuhuhu.... cuti semester ni buat apa haaaaa???... tula melanguk lagi...hehe... cuti semester banyak habiskan masa tolong nenek dan moyang... terasa fix jugak cuti ni... banyak benda kena fikirkan... tak mengape la.... semua tu pahala... next week pulak result keluar... sungguh mendebarkan... relax...tenang...step by step dalam menguruskan semua urusan ni... sebenarnya ana take 5 je ni update kejap... sambil2 tu mengadap kerja... upload gambar ni bukan main lama...hehe...( tiba-tiba gambar pulak dipersalahkan)...hehe... ok lah... akan di update kemudian... ana sambung menyiapakan kerja dahulu... sebab esok nak bawak nenek admit ward semula di PPUM untuk second operation pada hari khamis nanti...cakap bab hospital ni (ait..tadi kata nak sambung kerja....sambung taip lagi...hehe... kejap2... 2 minit)...  ana ni memang tak boleh jadi nurse atau jururawat... tu sebab Allah takdirkan ana amik jurusan agama... hehe... mana tidak ye... lemah semangat... duduk kejap dalam emergency dan tempat2 yang sensatif pun dah terasa gelap je sekeliling...hehe... memang patut ana kena tegur dengan family n en *****... macam mana nanti nak bersalin... kena masuk tahan kat hospital jugak.. ana hanya mampu tersenyum jela...hehe... owh ye... ana terasa nak update sebenarnya bila tengah release tension.. tu yang bukak gambar2 terbaru... jadi ye terjumpa folder gambar2 di bawah ni....hehe... udah2 la tu... jom2 sambung kerja semula...  jumpa lagi... assalamualaikum... ^_^






(terasa macam letak background je belakang tu... padahal real...hehe)



(en razin bersama rakan sekelasnya)



(bab posing no 1...hehe)

Selasa, 21 Januari 2014

cuti...cuti...cuti

بسم الله الرخمن الرحيم

alhamdulillah tamat sudah final exam pada 13 januari lepas... bermakna tamat sudah semester 5... and now... menunggu masa untuk bergijak ke semester 6... wahhh...lagi mencabar... submit tajuk tesis dan bermulanya juga penulisannya... dan start juga ligat mencari tempat untk praktikal.... opsss... terlupa... agenda besar tahun 2014 ni... mencari dana untuk lawatan antarabangsa ke yogyakarta, indonesia pada hujung bulan ogos nanti... tak lama je lagi.... bercerita tenta LA ni... teringat...saat berita gembira diterima dari pihak fakulti berkenaan propozal kami sudah diluluskan... kelihatan riak wajah gembira diantara kami... mana tidaknya... berapa kali di reject... alhamdulillah tidak lama kemudiannya menerima surat-surat penting dari fakulti... ikutkan untuk LA ni tak de lah nak beria-ria sangat nak pergi.. tp disebabkan setiap semester LA ni termasuk dalam yuran pengajian... nak x nak kena pulun jugak.. kalau xburn mcm tu lah...rasa cuti sebulan macam xcukup je...apa yg penting sekarang...gerak kerja berkumpulan sangat penting...harapnya group ana turut sama membantu dan bertungkus lumus sedaya upaya untuk mencari dana...nanti dah naik sem semua dah sibuk study... kali ni nak share about LA je dulu... sebab cuti ni on9 mencari maklumat tentang cari dana je...nak berchating??.. dengan sapa... xde mood pun nak berchating... baik baik cari maklumat berguna...tak gitu.. ok lah... nak sambung cari maklumat lagi,,..

Selasa, 24 Disember 2013

Final exam

بسم الله الرحمن الرحيم

#...Lepas penat isi application untuk e-nilai bagi setiap pensyarah, barulah boleh tengok jadual exam yang ditunggu-tunggu... debornya rasa tengok jadual  terutamanya tarikh exam... alhamdulilah... jadual semester ni agak relax sikit... study week pun dekat 2 minggu.. memang banyak waktu free... hohoho...tapi study ye last minit jugak...hehehe... can't... can't... sem ni kena score tinggi...macam biasalah time final mula mata macam panda sebab lewat tidur malam... pagi dah bangun awal... xpelah... sekejap je nanti cuti sem rehat lah puas-puas kat rumah..hehe..#

#...oklah dikesempatan ini... ana ingin memohon kemaafan buat sahabat semua andai pernah mengguris hati sesiapa... halalkan segala ilmu yang pernah di kongsikan bersama... doakan dipermudahkan segala urusan ana sepanjang fina exam ini berlangsung dan seterusnya berjaya untuk semester ni... insya Allah....#

#... insya Allah... ana terpaksa hold blog sebentar demi memfokuskan kepada final exam dahulu... sehingga berjumpa lagi selepas habis final exam ni...#





Rabu, 18 Disember 2013

Aku yang Dulu, Bukanlah yang Sekarang

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah sekian lama nya teratak buruk ana terbiar lama (padahal tak de lah lama sangat..hehe)... akhirnya sedikit masa di ambil untuk mengisinyanya dengan sesuatu peringatan, pengisian dan perkongsian...


Alhamdulillah... thumma alhamdulillah... dengan keadaan hidup sekarang yang lebih terarah dengan di bantu oleh seseorang yang sentiasa di sisi sehingga akhir hayat...  Allahumma amin...

alhamdulillah dengan kehadiran umi ayah, seorang ***** yang sentiasa di sisi... alhamdulillah... kini hati rasa labih tenang untuk menuntut ilmu tanpa ada halangan dan dosa yang berterusan, sedangkan dosa dahulu kala pun masih masih tidak terhitung banyaknya...

alhamdulillah... di ruangan masa yang ada, seusai solat fardhu pasti tidak melepaskan solat sunat taubat... bercakap mengenai solat taubat... pernah ana mendengar salah seorang sahabat bertanya pada seorang lecture di tempat ana  belajar... "Diantara solat sunat taubat dan solat sunat hajat, yang mana perlu diuatamakan".. jawapan dari lecture: " sudah semestinya solat sunat taubat... dalam ruangan waktu yang ada selepas solat fadhu tu, cuba awak amik masa laksanakan 2 rakaat solat sunat taubat..sebab apa saya kata begini, bagaimana Allah nak terima hajat kita sedangkan dalam diri kita ni masih banyak lagi dosa-dosa yang bertimbun"... dalam fikiranku berfikir sejenak... memang betul apa yang dikatakan lecture sebentar tadi.. 

kita berbalik kepada tajuk asal... mengapa ana memilih tajuk seperti di atas... pasti ada reasonnya kan... antaranya:

1) Pertama sekali saiz dahulu ku tidak seperti sekarang..hehe.. kalau dulu badan macam lidi sekarang badan dah macam bola..hoho..(ayat nak hiperbola je ana ni...hehe)...  target cuti sem ni... memang nak back to 50kg semula... macam tak percaya je time diploma dulu 50kg je... memang xbalance pun.. bdan kurus, tp tinggi...hehe... dapat kurus 55kg pn jadilah...sikit2..hehe... bila tengok gambar time diploma dulu lain sangat... kurus yang teramat... hehe.. cincin pun longgar lagi,.tp sekarang.. hm... tenggelam cincin dalam isi jari.hehe... dah2 melalut je... nanti ada orang marah kita nanti...hehe..

2) alhamdulillah sekarang ni bila belajar tenang je... tak ada rasa halangan dah dan tak perlu terbeban fikiran disebabkan ada orang yang sentiasa di sisi ... thank you Allah give him to me...

3) for sure... alhamdulillah sekarang ni hati lebih dekat pada Allah... disebabkan ada orang yang sentiasa akan menasihatkan dan beri teguran untuk penambahbaikan diri... setiap wanita pastinya menginginkan dirinya menjadi seorang wanita solehah untuk dunia, anak yang solehah untuk ibu bapanya, isteri yang solehah untuk suaminya yang disayangi, dan ibu yang solehah untuk zuriat-zuriatnya.... insya Allah... pada masa yang sesuai nanti dan semestinya selepas "halal"... mommy to be... dipermudahkan Allah biiznillahita'ala..

4) kalau dahulu kehidupan masih terumbang ambing... dan kini kehidupan di susun secara rapi... tanggungjawab semakin bertambah... makanya, diri sendiri kena bijak mengurus dengan rapi... antara belajar dan family...namun.. adakalanya kita tidak mampu untuk mengawal emosi dan perasaan saat tekanan dihadapi... apa yang perlu dilakukan saat itu... ingat Allah dan mintaah bantuan dariNya... try pasang ayat Al-Quran, baca Al-Quran, zikir dan sebagainya.... insya Allah... semuanya akan kembali tenang...


5 dan seterusnya di lain hari ye...hehe... sebab nak kena fokus siapkan kerja semula... di sini ana memohon jutaan kemaafan pada semua sahabat handai semua... andai ada salah silap ana sepanjang berbicara dan mengendalikan blog ana ini... doakan segala urusan ana dipermudahkan sepanjang final exam ni dan berlangsung dengan tenang... Allahumma amin... sehingga kita berjumpa lagi di lain hari.... ^_^



p/s:.. duhai *****.... minta izin ye edit blog ni...hehe... maaf tertulis dulu baru cakap...

Jumaat, 29 November 2013

3 week more

بسم اللله الرحمن الرحيم

alhamdulillah 'ala kulli hal... berjaya mengharungi 11 minggu yang lalu... alhamdulillah terlalu banyak situasi Allah bantu permudahkan segala urusan... alhamdulillah... makin dekat dengan final exam, terasa makin kecut pulak...huhu...oh tidak... masih banyak lagi kerja perlu dilaksanakan terutamanya assignment , presentataion yang banyak tersusun...huhu... bila tengok jadual final exam lagi kecut.... start 2, 3, 4, 5, 6, 8, 9, 13.... semester ni hari sabtu ahad pun kena mengadap paper jugak...huhu... so, kena start study awal2... and kena pandai divide kan masa betul-betul antara semua tanggungjawab... ok lah... nak sambung kerja semula... ilalliqa'...

Isnin, 11 November 2013

Fasa kedua semester

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah... alhamdulillah...alhamdulillah... syukur di atas segala pemberian nikmat dariNya... sedar tak sedar dah nak dekat dua bulan ana tak mengupdate blog... kali terakhir pada 23 september 2013... sebagai student pastinya perlu menempuh hari-harinya bersama tugasan-tugasan yang perlu disiapkan... alasan je tu... padahal boleh je update..hehe.. alhamdulillah cuti mid sem pun baru sahaja berlalu... alhamdulillah melalui dengan tenang... dan sentiasa senyum selalu nampaknya.... hehe... "p/s: minta izin update blog ye"...^__^... ana sentiasa berdoa dan mengharpakan doa-doa dari sahabat-sahabat semua agar semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang berlalunya semester ini... dan sentiasa mengharapkan panduan dari Allah untuk terus bijak merancang membahagikan ruang masa dari pelbagai sudut... wailalliqa'...


p/s:... senyum dan terus senyum dan terus bersemangat untuk berlajar...

Isnin, 23 September 2013

Selesai Sudah

Bismillahirrahmanirrahim....

Untuk awal-awalnya ana ingin mengucapkan syukur banyak-banyak pada Allah s.w.t. kerana izinnyaNya dan kuasaNya yang terlalu besar...Subhaallah.. terasa terlalu dekat pada Allah... terasa diri ni kerdil di hadapan Allah.. betapa kedekutnya kita untuk meluangkan masa beribadah kepada Allah, membaca kitabNya iaitu Al-Quran dan sebagainya... namun, Allah tidak pernah berkedekut dengan kita, segala apa yang kita inginkan Dia tunaikan... Alhamdulillah thuma Allhamdulillah... bersyukur sangat-sangat untuk kelas malam ini berjalan dengan lancar... kelas bahasa inggeris bersama adik-adik semester 1... walaupun perbezaan umur agak jauh, namun bagi ana, tiada jurang perbezaan umur, niat kita semua untuk menuntut ilmu... as long as masih hormat -menghormati sudah cukup baik... 'ala kulli hal..bersiap sedia untuk meneruskan perjuangan semester ini dan fokus pada setiap madah yang ditempuh... berundur diri untuk merehatkan minda dan jasmani untuk kelas jam 8 pagi esok... ilalliqa'..

p/s:: can't wait 6 October... ^___^

Khamis, 19 September 2013

Jadual oh jadual

Bismillahirrahmanirrahim...

salam sayyidulayyam... penghulu segala hari... alhamdulillah selesai urusan add subjek... Allahamdulillah thuma alhamdulillah... Allah permudahkan urusan ana pada hari ini... dapat add lagi 1 subjek... jumlah keseluruhan subjek semester ni  9 subjek kesemuanya.. dan ana perlu menempuh 22 creadit hour... terasa macam sikit pula..sebabnya time semester 3 dahulu perlu menempuh 25 kreadit hour.... 'ala kulli hal. bersyukur sangat.. segala urusan pada hari ini dipermudahkan... dan di bawah ni, ana lampirkan jadual ana bagi semester ni... alhamdulillah.. even tak dapat add subjek b,i 2 tapi ddapat gantikan dengan bi 1 pun sudah cukup.... makanya dengan ini ana berhutang lagi dengan usim untuk 2 subjek iaitu hubungan etnik yang akan diambil pada semester 6 nanti dan b.inggeri 2 akan diambil pada semester 7 nanti... thanx to adik athirah sebab teman akak ke sana ke mari and support akak...  oklah.. ana berundur diri dahulu... untuk qailullah sebentar sebelum mengulang hafazan.... ilalliqa'



Letih menunggu

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedang jari-jemari rancak menaip di papan keyboard, sambil mendengar zikir terapi hafiz hamidun, tanpa disedari air mata memgalir laju di pipi... segala apa yang ana cuba pendamkan tidak mampu untuk ana simpankan lagi... hanya mampu meluahkan dengan air mata....Minggu ke dua untuk sesi pembelajaran sangat2 menyakitkan... ujian demi ujian yang perlu ana lalui... walaupun ana cuba untuk bergelak ketawa bersama kawan-kawan, namun tetap tidak mampu untuk menghilangkan keresahan memikirkan subjek semester 1 yang tidak tahu apa nasibnya... perit memang perit... selama ni dalam fikiran hanya memikirkan tentang add subjek sahaja... sehinggalan saat genting hari ini... dua tiga kali ana naik pejabat fakulti, sampaikan terpkasa masuk lewat ke kelas... langkah terakhir di lakukan...dan dengan keputusan yang sangat berat... TERPAKSA call en amirul... namun tidak respod... sangat-sangat mengecewakan dan hampa... langkah terakhir diambil... dengan menaip mesej menceritakan masalah ana.... dan sangat2 gembira sejurus menerima respod mesej darinya... namun hampa... bila membaca mesejnya... "wsalam. Hifz alquran 1 sudah masuk. bi 1 semua kumpulan sudah penuh"... ya Allah... luluh hati ni... elok-elok ada mood nak makan, terus biarkan nasi..nasib baik kawan tolong habiskan.. dari pada perot kosong lapar...terus jadi kenyang bila menerima mesej tu... 

ya Allah...berikan aku pertolonganmu untuk menyelesaikan subjek semester 1 yang masih belum aku ambil lagi... ya Allah... berikan aku kekuatan untuk melalui kehidupan ni sehingga selesai tamat pengajianku... 

perancangan asal::

semester 5:: add subjek sem 1 (hifz al-quran dan bi2)... yang lepas hanya hif al-quran1 sahaja
semester 6:: add subjek sem 1 (hubungan etnik)
semester 7:: add subjek sem 1(bi1)

namun... sehingga kini...

persoalan masih menjadi tanda tanya... bagaimana situasi ana ni... esok (jumaat) adalah hari terakhir untuk urusan add subjek... ya Allah... aku perlukan kekuatan... aku cuba untuk tidak mahu menambah semester semata-mata untuk menyelesaikan baki2 subjek semester 1 yang belum aku ambil lagi... Allahumma Rabbi Yassir wala tu'assir... ya Allah permudahkan segala urusanku esok hari...

sambung cerita:::

kisah ana sewaktu kelas braille petang tadi... sangat-sangat menyentuh hati ana... disebabkan subjek braille ni sangat best... ana cuba kuatkan hati ana.. bukan senang untuk kita sesuaikan diri dengan lecture yang sebaya kita atau lebih tua setahun dari kita... tak tipu lah kalau dalam hati ada terdetik malu atau rasa rendah diri atau apa-apa sahajalah bila tahu umur lecturer sebaya kita... kalau sem sebelum ni memang sanagt2 terasa bila menghadapi situasi ni... namun lama kelamaan.. ana cuba untuk menerima kenyataan dan takdir dalam hidup ana... rezeki masing2 Allah dah tetapkan... lagi ana terasa bila tahu lecuture tu dah kahwin...  dalam keadaan umur sebegini.. bukan mudah untuk melawan perasaan dalam hati ni... orang yang berumur sebaya ana dah habis belajar, lepas tu dah kerja dan dah kahwin... sedangkan ana masih ke sana ke sini mencari kelas, ke kuliah ke tutorial... bila dah muncul perasaan macam ni, mula lah teringat perkara-perkara yang lepas... Astaghfirullahal'azim... ya Allah...lurukan hatiku kembali... perbetulkan semula niatku ini...  Allahu'alam... ilalliqa' ma'assalam...

Ahad, 15 September 2013

New Sem

Bismillahirrahmanirrahim,...

wahhh.... dah lama blog ni berabuk sangat2... asyik lalu je tapi tak sempat nak update..hehe.... alhamdulillah...syukur dengan izin Allah... masih berupaya dan bersemangat untuk meneruskan semester baru.... third year... macam tak percaya dah masuk tahun 3... hujung tahun depan habis belajar.. sangat2 tak sabar....hehe... alhamdulillah... semester ni urusan untuk register subjek sem 5 sangat2 mudah... tak perlu naik pejabat untuk add seperti semester2 sebelum ni.... cuma sekarang ana masih dalam kerisauan disebabkan ada dua subjek semester 1 masih belum  masuk... menunggu dan terus menunggu... andai hari esok belum masuk lagi... makanya hari selasa perlu naik ke pejabat bertemu dengan orang pejabat semula... insya Allah semester ni ana tambah 2 subhjek sahaja... disebabkan ada 2 subjek hafazan... makanya terpaksa lah,.. semester 6 nanti tambah 1 subjek sem 1 dan sem 7 nanti tambah 1 subjek lagi... wamakaru wamakarallah...wallahukahairulmakirin,... kita hanya mampu merancang sebaik2 perancang dtgnya dari Allah... alhamdulillah...bersyukur sangat orang yang sangat2 rapat selalu berdamping dengan ku... iaitu umi ayah dan juga teman yang sentiasa bersama.... bukan niat ana nak mengutamakan mereka tapi yang sebenarnya... Allah yang sentiasa bersama dengan ana... alhamdulillah ...alhamdulillah bersyukur sangat2... Allah hadirkan mereka yang sentiasa bersama dengan ana sebagai perantaraan... semester ni kelihatannya subjek2nya begitu mencabar... tp kita jangan anggap ianya berat... kita cuba untuk berfikiran positif... banyakkan doa dan fokus dalam kuliah... doakan ana semua kawan2...dan ana doakan agar antum semua sentiasa dalam rahmat Allah dan dipermudahkan segala urusan antum semua.... wailalliqa'.. ma'assalamah...



Selasa, 3 September 2013

PETUA MENJIMATKAN MINYAK KERETA

Petua jimat minyak kereta :

1. Lepas solat subuh, sebelum
start engine kereta, baca Al-Fatihah & niat utk sedekahkan kepada kedua ibu bapa.

2. Panaskan engine. Biarkan dalam 10 minit.

3. Sebelum matikan engine, bacalah 3 Qul sebanyak 7 kali.

4. Matikan engine kereta.

5. Lepas tu start motor dan terus pergi kerja. Insya'Allah, jimat minyak keta kita...

Selamat mencuba .... ^__^



Jumaat, 26 Julai 2013

Cuci Mata

Bismillahirrahmanirrahim....

semoga antum semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah Rahmat Allah... sekejap sahaja masa berlalu... terasa macam baru sahaja berpuasa... kini sudah masuk hari ke 18 berpuasa... rata-rata masing-masing sibuk untuk menyiapkan kelengkapan hari raya... hujung minggu pastinya masa yang digunakan untuk menyiapkan semua kelengkapan... baik baby  yang baru lahir sehinggalah ke warga tua... semalam ana sempat keluar berbuka puasa bersama-sama.. (ehem-ehem...sakit tekak pulak...hehe)... sempat juga mencuci mata melihat baju-baju raya di pkns shah alam... suasana kelihatan meriah dengan dendangan lagu raya bergema di merata tempat...sudah penat  berjalan-jalan, apa lagi langkah dilajukan ke bazar ramadhan... aduhai... perlu bersesak di sana.... belinya sikit... perjalanan terasa lama disebabkan kesesakan manusia...

p/s:::  tahniah diucapkan buat teman dengan kesayangan baru anda...hehe... lepas ni tidur pun bertemankan si dia di sisi... sayangilah si dia macam mana anda menjaga mama anda dengan kasih sayang sepenuhnya... i will support you...whatever you do... ana doakan agar teman diberi kekuatan dan dimurahkan rezeki keluarga... guna sebaik-baiknya kamera baru tu... canon EOS 7D kan,.. yang ana ingat camera pro..hehe.. jaga  baik-baik ye seperti mana anda menjaga isteri kamu..(eh ..silap taip pulak.. bakal isteri)...hehe..




(gambar sekadar hiasan)