Rabu, 15 Disember 2010

HATIKU




Bismilllahirahmannirrahim....
Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah...kerana memberi peluang untuk aku hidup lagi di dunia ini....
aku mengetahui seseungguhnya peluang yang engkau berikan ini adalah sepatutnya untuk semakin dekat pada-Mu...
tetapi sebagai manusia terlalu banyak ujian yang menghasut hati setiap anak-anak adam ni...



Ya Allah..aku memohon keampuanan dari-Mu atas dosa-dosa ku..
aku sedar..aku tidak seperti dahulu.....di setiap saat aku sentiasa mengingati-Mu.....
aku rindukan suasana seperti dulu....
Allah..lemahnya aku...di saat engkau berikan kesenangan pada ku...aku melupakan Kau....
tetapi disaat aku ditimpa kesusahan baru aku tergesa-gesa mencari Engkau...
Aku memohon pada Mu Ya Allah...tetapkan hati ku dalam perjungan i
ni....Lindungilah aku dari segala kejahatan....Amin Ya Rabb....

Selasa, 14 Disember 2010

ANUGERAH D.....


Bismillahirrahmanirrahim....Alhamdulillah dgn kenikmatan yang engkau berikan...
kiranya dapat lah aku berpeuang untuk menulis sedikit ruangan di sini...

Alhamdulillah sekali ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tidak terhingga yang engkau berikan buat ku dan juga sahabat-sahabatku yang lain...
sekali lagi Allah memberi peluang buat buat ana dan sahabat-sahabat mencipta kenangan di dalam hidup masing-masing.....
saat menunggu beratur ditepi hall...macam-macam yang dipikirkan..
terasa tidak layak untk naik ke pentas....
merasakan diri ni begitu kerdi jika dibangdingkan dengan sahabat-sahabat yang lain....
yang mana memperolehi keputusan yang sangat baik berbanding diri ini...
ALLAH...lemahnya aku....
renungan untuk diri ana dan juga sahabat-sahabat...
sama-sama kita berusaha untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang...
Insya Allah....dunia dan akhirat.....

p/s: ana minta maaf pada seseorang...kerana tidak dapat menyambut kejayaan bersama....ana harap jangan berkecil hatiye...maaf tidak dapat melihat teman naik pentas....ana terpaksa balik disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan...insya Allah kita berusaha untuk kejayan selepas ini...

Sabtu, 11 Disember 2010

KERJA DAN KERJA



Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah..syukur pada-Mu ya Allah di atas segala kenikmatan yang engkau berikan...nikmat yang tidak terhingga kerana dapat merasai nikmat
perjuangan dalam agama-Mu...semoga engkau tetapkan hatiku dalam perjuangan ini....Insya Allah.....

terlalu pantas masa berlalu...
sedar-sedar kini sudah memasuki minggu ke 7...
Allah...tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk menghadapi final exam untuk diploma ini...
kini semua pelajar pastinya sedang sibuk dengan assigment, presentation dan mid term yang tersusun dan juga proses untuk menyiapkan tesis bagi pelajar
tahun akhir diploma dan ijazah..
rasanya mungkin sesetengah daripada pelajar tertekan dengan kerja-kerja....
tidak terlepas juga...apa yang ana rasakan kini sedikit tekanan dengan kerja-kerja...
dan ditambah lagi sedikit tekanan bila memikirkan tesis yang perlu dihantar pada awal bulan januari ini...Allah..ujian besar untuk menyiapkan semuanya dalam masa sebulan ini...
semoga Allah mempermudahkan segala urusan ini dan memberkati segala gerak kerja ini serta sentiasa dalam rahmatNya...Amin Ya Rabb....


bersama classmate di UKM (seminar ilmuan hadis)



Jumaat, 10 Disember 2010

PERJALANAN




Bismillahirrahmanirrahim

Disegenap ruang masa yang ada sambil menikmati masa kerehatan setelah bertungkus lumus menyiapkan kerja
ana mengambil peluang untuk mencoretkan sedikit bingkis
an yang tidak seberapa
tetapi cukup untuk dijadikan renungan untuk diri ana dan semua
Insya Allah.....



"Sesungguhnya kehidupan berjemaah adalah kehidupan yang p
aling indah dan barakah....Apabila kita belum berjemaah maka carilah....Apabila kita sudah berjemaah maka jagalah..Apabila kita terkeluar dari jemaah maka
kembalilah....Amat rugi orang yang terlepas dari cara hidup ini....Cara hidup mujahid islam...Andai kita rebah, beribu-ribu akan datang membantu....Bila resah, berjuta datang hiburkan hati....Janganlah kamu rasa lemah....Janganlah kamu rasa sedih sedangkan kamulah tinggi di sisi Allah s.w.t. Moga kita diantara golongan 'fi zilal 'arasy di hari perhitungan'..."





"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah s.w.t. akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."


(bersama roomate ke pameran MAHA...syukran tolong ambil pic kami...pic dia yg xada...hehe..)

Sabtu, 4 Disember 2010

TANGGUNGJAWAB

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah 'ala kulli ni'mat min Allah s.w.t
Insya Allah...dalam masa yang sedikit ini
ingin ana usaha untuk menghidupkan laman ini

Alhamdulillah hari ini...
dikesempatan masa yang ada...
ana diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk ke pameran MAHA bersama teman dan rakan sebilik ana
dengan izin Allah...ana peroleh sedikit sebanyak ilmu Allah yang terlalu luas ini
sungguh pun perjalanan pagi ini sangat menguji kesabaran
tetapi alhamdulillah segalanya baik
point yang ana cuba untuk kongsikan di sini
saat kami meneruskan perjalanan ke masjid
selepas pulang dari MAHA
seusai solat asar
ana menjadi kehairanan tiba-tiba terlalu ramai orang ke masjid
tangapan yang pertama ana
gembiran dengan suasana ketika itu
alhamdulillah ramai orang yang rajin untuk solat di masjid
tetapi
cuma yang lebih menghairankan apabila melihat ada perempuan yang datang tidak memakai tudung dan berbaju jarang
semoga Allah memberi mereka hidayah dan menghindarkan kita semua daripada seperti keadaan itu
rupa-rupanya
petang itu terdapat sepasang suami isteri yang bakal di ijab kabulkan
alhamdulillah...barakallahulakuma wajama'abainakuma fikhair
seusai selesai solat
ana lalu ditepi masjid dimana semua keluarga pengantin perempuan berkumpulan
tiba-tiba ana tertangkap bait-bait bicara dari keluarga pengantin
"adik..jangan menangis...hari ini kan adik nak nikah...hilang seri..."
sambil tangannya mengelap jurai-jurai air mata
tiba-tiba terasa sebak di hati ana
memikirkan mungkin pengantin perempuan tadi menangis memikirkan tanggungjawab baru yang bakal dipikulnya dan segala tanggungjawab daripada bapanya sebelum ini bakal berpindah kepada suaminya yang sah
pastinya suasana hiba menyelebungi si pengantin perempuan buat seketika
bukan sahaja si pengantin perempuan berasa hiba tetapi ibu bapa si pengantin perempuan pasti merasakan dua kali ganda sedihnya tatkala melepaskan anak perempuannya yang selama ini dijaga dengan sebaik-baik penjagaan kepada si pengantin lelaki yang dipercayainya mampu untuk menjaga anak perempuannya dengan sebaik-baik penjagaan
sepanjang perjalanan pulang ke kampus
ana cuba merenung jauh ke hadapan
pelbagai perkara tiba-tiba menerjah di dalam pikiran ketika itu
kita hanya mampu berdoa selebihnya kita berserah pada-Nya
yang penting usaha dan terus berusaha



p/s:
semoga apa yang kita rancang ini di dalam keredaan Allah

waalhu'alam


Rabu, 1 Disember 2010

SYAITAN GEMUK DAN SYAITAN KURUS

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Insya Allah di kesempatan masa yang terlapang ini...

ana cuba untuk kongsikan 1 kisah yang sama-sama kita boleh jadikan pengajaran dalam kehidupan seharian kita...

Insya Allah....

Kisahnya bermula....


Diceritakan bahawa ada dua syaitan yang berselisih di tengah jalan. Mereka berhenti dan berbincang-bincang. Secara fizikal , dua syaitan ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Syaitan yang satu gemuk dan bersih, yang satu lagi kurus dan kotor. Syaitan gemuk merasa hairan dengan keadaan sahabatnya yang begitu menyedihkan.

“Sahabat mengapa tubuhmu begitu kurus dan kotor?” Tanya syaitan gemuk dengan nada hairan.

“Aku tidak dapat makan dan minum, tidur ku juga tidak nyeyak. Para penghuni rumah selalu ingat pada Allah. Ketika makan mereka membaca doa. Ketika mereka masuk ke rumah, mereka memberi salam. Begitu juga ketika tidur, mandi, berpakaian dan sebagainya. Mereka tidak lupa juga untuk membaca doa. Itulah sebabnya aku tidak dapat makan, tidak dapat masuk ke rumah dan tidak dapat berehat. Tetapi bagaimana engkau boleh menjadi sihat dan gemuk seperti ini?”

“Aku sangat senang. Makan kenyang, tidur nyeyak dan pakaian juga selesa kerana penghuni rumah jarang ingat kepada Allah.” Kata syaitan yang gemuk.

Petikan daripada salah sebuah kisah di dalam buku “Like Father Like Son”



Jazakallahkhairal jaza’ kepada pemberi buku ini…ana suka sangat kisah-kisah pengajaran dalam buku ini…Kisah-kisah yang terkandung di dalam buku ini semuanya ada perkaitannya dengan islam..semoga kisah-kisah ini dapat di jadikan Ib’rah dalam kehidupan kita…tiada apa yang ana dapat balas semuanya sebelum ini…hanya Allah yang dapat membalas pemberian mu ini…sesungguhnya Allah mengetahui segalanya....