Rabu, 1 Disember 2010

SYAITAN GEMUK DAN SYAITAN KURUS

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Insya Allah di kesempatan masa yang terlapang ini...

ana cuba untuk kongsikan 1 kisah yang sama-sama kita boleh jadikan pengajaran dalam kehidupan seharian kita...

Insya Allah....

Kisahnya bermula....


Diceritakan bahawa ada dua syaitan yang berselisih di tengah jalan. Mereka berhenti dan berbincang-bincang. Secara fizikal , dua syaitan ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Syaitan yang satu gemuk dan bersih, yang satu lagi kurus dan kotor. Syaitan gemuk merasa hairan dengan keadaan sahabatnya yang begitu menyedihkan.

“Sahabat mengapa tubuhmu begitu kurus dan kotor?” Tanya syaitan gemuk dengan nada hairan.

“Aku tidak dapat makan dan minum, tidur ku juga tidak nyeyak. Para penghuni rumah selalu ingat pada Allah. Ketika makan mereka membaca doa. Ketika mereka masuk ke rumah, mereka memberi salam. Begitu juga ketika tidur, mandi, berpakaian dan sebagainya. Mereka tidak lupa juga untuk membaca doa. Itulah sebabnya aku tidak dapat makan, tidak dapat masuk ke rumah dan tidak dapat berehat. Tetapi bagaimana engkau boleh menjadi sihat dan gemuk seperti ini?”

“Aku sangat senang. Makan kenyang, tidur nyeyak dan pakaian juga selesa kerana penghuni rumah jarang ingat kepada Allah.” Kata syaitan yang gemuk.

Petikan daripada salah sebuah kisah di dalam buku “Like Father Like Son”



Jazakallahkhairal jaza’ kepada pemberi buku ini…ana suka sangat kisah-kisah pengajaran dalam buku ini…Kisah-kisah yang terkandung di dalam buku ini semuanya ada perkaitannya dengan islam..semoga kisah-kisah ini dapat di jadikan Ib’rah dalam kehidupan kita…tiada apa yang ana dapat balas semuanya sebelum ini…hanya Allah yang dapat membalas pemberian mu ini…sesungguhnya Allah mengetahui segalanya....

0 comments: