Sabtu, 4 Disember 2010

TANGGUNGJAWAB

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah 'ala kulli ni'mat min Allah s.w.t
Insya Allah...dalam masa yang sedikit ini
ingin ana usaha untuk menghidupkan laman ini

Alhamdulillah hari ini...
dikesempatan masa yang ada...
ana diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk ke pameran MAHA bersama teman dan rakan sebilik ana
dengan izin Allah...ana peroleh sedikit sebanyak ilmu Allah yang terlalu luas ini
sungguh pun perjalanan pagi ini sangat menguji kesabaran
tetapi alhamdulillah segalanya baik
point yang ana cuba untuk kongsikan di sini
saat kami meneruskan perjalanan ke masjid
selepas pulang dari MAHA
seusai solat asar
ana menjadi kehairanan tiba-tiba terlalu ramai orang ke masjid
tangapan yang pertama ana
gembiran dengan suasana ketika itu
alhamdulillah ramai orang yang rajin untuk solat di masjid
tetapi
cuma yang lebih menghairankan apabila melihat ada perempuan yang datang tidak memakai tudung dan berbaju jarang
semoga Allah memberi mereka hidayah dan menghindarkan kita semua daripada seperti keadaan itu
rupa-rupanya
petang itu terdapat sepasang suami isteri yang bakal di ijab kabulkan
alhamdulillah...barakallahulakuma wajama'abainakuma fikhair
seusai selesai solat
ana lalu ditepi masjid dimana semua keluarga pengantin perempuan berkumpulan
tiba-tiba ana tertangkap bait-bait bicara dari keluarga pengantin
"adik..jangan menangis...hari ini kan adik nak nikah...hilang seri..."
sambil tangannya mengelap jurai-jurai air mata
tiba-tiba terasa sebak di hati ana
memikirkan mungkin pengantin perempuan tadi menangis memikirkan tanggungjawab baru yang bakal dipikulnya dan segala tanggungjawab daripada bapanya sebelum ini bakal berpindah kepada suaminya yang sah
pastinya suasana hiba menyelebungi si pengantin perempuan buat seketika
bukan sahaja si pengantin perempuan berasa hiba tetapi ibu bapa si pengantin perempuan pasti merasakan dua kali ganda sedihnya tatkala melepaskan anak perempuannya yang selama ini dijaga dengan sebaik-baik penjagaan kepada si pengantin lelaki yang dipercayainya mampu untuk menjaga anak perempuannya dengan sebaik-baik penjagaan
sepanjang perjalanan pulang ke kampus
ana cuba merenung jauh ke hadapan
pelbagai perkara tiba-tiba menerjah di dalam pikiran ketika itu
kita hanya mampu berdoa selebihnya kita berserah pada-Nya
yang penting usaha dan terus berusaha



p/s:
semoga apa yang kita rancang ini di dalam keredaan Allah

waalhu'alam


0 comments: