Rabu, 1 Ogos 2012

Kelebihan solat di Masjidilharam





Bismillahirrahmanirrahim

Salam Ramadhan kareem untuk kalian yang berkunjung di sini....
(dalam hati berkata "ada ke orang nak datang tengok fb aku ni"..hehe)
yang penting fb ni ana cuba gunakan untuk mengisi dengan maklumat yang boleh dikongsikan bersama dan pengalaman serta kisah-kisah yang ana lalui dalam kehidupan...
bila solat terawih di masjid berdekatan dengan rumah ni, pastinya akan mengalir air mata pada suatu ketika....
disebabkan hati ini terlalu rindu untuk menjejakkan kaki lagi ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi...
saat imam melafazkan ayat demi ayat bermula dari surah al-Fatihah hati tersentuh...
terasa diri ini berada di masjidilharam berimamkan syeikh Maheer...
subhanallah...
rinduku pada Mekah sedikit terubat....


 setelah selesai menyempurnakan umrah, baru boleh tutup muka
 ^___^

Ya Allah... aku bersyukur di atas rezeki yang engkau berikan buatku... Engkau berikanlah aku peluang lagi untuk aku menziarahi dan beribadah di rumahMu dan kekasihMu Muhammad s.a.w... Amin Ya Rabbalálamin...

Subhanallah..
tidak terungkap dengan kata-kata bila kotak kenangan di dalam ingatan ni terus melayang mengingati saat sebulan berada di Mekkah...
Pelbagai kisah yang dihadapi di sana...
Tempat yang paling Mustajab untuk berdoa...
bebrapa kisah ana semasa di Mekkah....
suatu pagi lebih kurang pukul 4 pagi ana memberanikan diri seorang diri berjalan dari hotel ke Masjidilharam sejauh 1KM... 
walaupun takut seorang diri berjalan ke Masjid, namun ana gagahkan jua berjalan, ana yakin Allah sentiasa di sisi hambaNya...
alhamdulillah ana tiba di Masjid dengan selamat, ana gunakan peluang yang ada untuk ana menyendiri mencari kekuatan dan meluahkan segala yang terbuku di hati... melakukan solat-solat sunat, membaca al-Quaran...
seusai solat subuh ana mengambil peluang untuk turun ke dataran kaa'bah untuk solat...
jika di Makkah tiada waktu yang haram untuk melakukan solat sunat...subhanallah...tempat yang begitu istimewa... bila mata tertangkap melihat kaa'bah hati terpegun sebentar, tanpa disedari air mata meluncur laju mengalir.... setelah selesai melakukan solat sunat ana gunakan peluang untuk mengadu pada Allah... subhanallah... satu peristiwa yang sungguh menakjubkan... istikharah yang dilakukan terus mendapat petunjuk dari Allah... Subhanallah... air mata terus mengalir ketika menerima mesej dari Malaysia pada 12/11/2012...
sedar tidak sedar matahari mula berinjak untuk muncul tegak di langit... ana mengatur langkah pulang ke hotel untuk berehat... sedang dalam perjalan keluar dari dataran Masjidilharam kelihatan kelompok-kelompok burung yang sedang menikmati gandum yang disedekah oleh orang-orang yang lalu di situ... di dalam hati ana cuma terdetik "hati-hati shikin, tengok bawah takut ada najis burung"...tuppppp....
lepas tu terasa ada sesuatu yang jatuh di depan mata, dan bila melihat di tar jalan, rupanya yang jatuh di depan mata tadi adalah najis burung... subhanallah... setiap apa yang kita tuturkan Allah akan bayar cash... terus sahaja ana melafaz Istighfar memohon keampunan dari Allah... alhamdulillah najis tu tidak terkena telekong, cuma jatuh di depan ana sahaja...

untuk akhirnya...
ana mengaharapkan kepada rakan-rakan yang membaca... tanamkan di dalam hati untuk mengunjungi Makkah... Insya Allah, Allah akan memudahkan laluannya dengan memberi rezeki tanpa disedari... 

bagi sesiapa yang ingin membawa ibu bapa turut sama mengerjakan haji, atau ibu bapa kalian atau kalian sendiri...
pastikan mendaftar untuk mengerjakan haji... jangan tersilap pandang... membuka akaun tabung haji tidak bermakna sudah mendaftar haji... dua perkara ini berbeza... untuk sistem terbaru... bagi sesiapa yang ingin berhajat menunaikan haji... dan mendaftar untuk menunaikan haji, anda berkemungkinan akan mendapat panggilan ke tanah suci tahun 30 tahun akan datang... namun tahun itu boleh berubah, semuanya perancangan Allah.. kita sebagai manusia hanya merancang...

bagi sesiapa yang tidak faham... macam ni contohnya... sekiranya anda mendaftar haji pada tahun 2012 ini, anda akan diberi tahun 2042 sebagai anggaran anda akan di pilih ke tanah suci... jadi, bermula dari sekarang yang muda-mudi ini gunakan peluang untuk mendaftarkan diri... seolaknya bila masih muda ini gunakan peluang untuk ke sana kerana tenaga masih banyak... urusan Umrah dan Haji ini tidak perlu untuk menghafal doa-doa yang banyak... cume yang utamanya perlu diingat rukun-rukun dan syarat-syaratnya... selebihnya adalah perbuatan yang sangat-sangat memerlukan tenaga yang banyak...



Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.” (Imam Ahmad)




1. Umat Islam digalakkan mengerjakan solat fardhu mahupun sunat di masjid-masjid atau surau-surau kerana bersembahyang secara bejemaah mempunyai kelebihan yang banyak berbanding dengan solat sendirian di rumah
2. Masjidil Haram dan masjid Nabawi pula adalah dua buah masjid yang mempunyai fadhilat yang besar bagi umat Islam yang berkesempatan mengerjakan ibadat di dalamnya.
3. Mereka yang mengerjakan sembahyang di Masjid Nabawi akan mendapat seribu fadilat, manakala mereka yang mengerjakan sembahyang di masjidil Haram pula mendapat seratus ribu fadhilat.
4. Kelebihan Masjidil haram di mekah adalah disebabkan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat seluruh umat Islam di dunia ini.




 di bawah ini ana selitkan satu video salah seorang imam Masjidilharam...syeikh Maheer... ana suka cara bacaan dia... time ana di Makkah dulu, ana perasan imam ni akan menjadi imam untuk solat Maghrib dan Isyak... sampai di sini sahaja dulu...bertemu di lain masa... selamat melakukan amal ibadah di bulan mulia ini...
^______^






Sabtu, 28 Julai 2012

Benarkah ia akan terjadi?

Bismillahirrahmanirrahim

Hamdanlillah wa syukurulillah ála kulli ni'mat... subahanallah...alhamdulilllah...Allahuakbar...
alhamdulillah sudah hampir seminggu kita menjalani ibadah di dalam bulan Ramadhan ini... terasa cepat masa berlalu... masih berbaki kurang tiga minggu sahaja lagi sebelum Ramadhan tiba ke penguhujungnya bagi tahun ini... pasti sedih saat pemergiannya... namun, rata-rata pada masa kini di penghujung Ramadhan adalah saat menyambut kegembiraan kerana berjaya melepasi bulan puasa dan gembira menyambut hari raya... jika kita melihat kisah-kisah pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu malah para alim ulama', mereka kelihatan sedih sewaktu hampir tiba di penghujung Ramadhan kerana bagi mereka Ramadhan adalah satu bulan yang sangat istimewa dan belum tentu umur panjang untuk bertemunya lagi di tahun hadapan... subhanallah... keimanan yang teguh pada Allah dalam diri mereka... andai kita dapat melihat graf iman dan amalan kita, rasanya semuanya dalam bulan Ramadhan ini semua mendapat peratusan yang paling tinggi berbanding bulan-bulan sebelumnya... tetapi Allah hide kan... kenapa?? supaya kita sentiasa berusaha mentaatinya segala perintahnya... Ya Allah... ampunilah dosa-dosa kami selama kami menarik nafas di dunia ini... terimalah segala amalan kami, khususnya solat-solat kami dan amalan wajib kami... Amin Ya Rabbalálamin...

Berbalik pada fokus utama... rata-rata kalian semua tahukan kini sedang berlangsungnya sukan olimpik di London... baru sahaja di rasmikan kelmarin yang tika itu semuanya sedang lena dalam buaian mimpi... ana teringat sewaktu menghadiri satu talk baru-baru ini, yang terkandung dalam isi-isinya yang sungguh berfaedah... yela, melihat trend pada masa kini, bila ada talk berkaitan "love"menderu semuanya datang, tetapi bila ada talk berkaitan isu semasa, isu dunia, isu hari Qiamat dan sebagainya kelihatan kurang mendapat sambutan... bagi ana, fitrah memerlukan teman hidup dan kasih sayang itu adalah satu kesempurnaan dalam diri seseorang, namun ianya perlu di uruskan dengan betul dan di bahagikan dengan sentiasa mengupdate isu-isu semasa... berbalik pada talk yang ana hadiri itu berkisah tentang iluminasi.. di sini ada sedikit bingkisan maklumat yang ana perolehi...

"Gerakan Illiminati adalah gerakan yang bergerak seperti syaitan dan apabila dunia semakin hampir dengan kiamat, gerakan-gerakan ini menjadi lebih aktif untuk menghancurkan umat manusia. WORLD NEW ORDER adalah cita-cita gerakan ini untuk mempengaruhi minda masyarakat dunia agar menentang kewujudan dan kelahiran Imam Mahdi yang kalau kita tahu, gerakan illuminati ini adalah dibawah kuasa Yahudi laknatullah. Disebabkan mereka ini percaya dengan setiap isi kandungan Al-Quran yang mengatakan Yahudi akan kalah dengan umat Islam pada akhir zaman, maka mereka telah mengatur perancangan teliti dengan mewujudkan gerakan ini bagi mengekang kelahiran Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa untuk menentang Yahudi. Kalau kita perhatikan pada hari ini, banyak pemimpin-pemimpin negara Timur Tengah telah ditumbangkan dan kita sendiri tidak pasti adakah ini kebetulan ataupun perancangan gerakan-gerakan ini sebagai langkah pertama mengekang kebangkitan pemimpin Islam yang lantang menentang negara barat. Sebenarnya Yahudi amat takut dengan bayang-bayang sendiri kerana mereka sedar bahawa Allah telah menjanjikan di dalam Al-Quran bahawa mereka akan kalah dengan dengan pahlawan-pahlawan Islam yang akan lahir pada akhir zaman. Di bawah ini terdapat satu video yang sebenarnya mengejutkan aku dan orang yang melihatnya pasti akan membuat andaian ia mungkin adalah betul dan ia jelas melalui simbol dan code rahsia yang digunakan oleh gerakan halus ini di dalam filem dan juga dimana-mana sahaja pada zaman ini. Korang nilaikan sendiri video ini dan aku berpendapat individu yang memuatnaik video ini adalah seorang yang peka kepada gerakan ini dan telah mengkaji setiap simbol dan code rahsia yang tersembunyi selama ini. Adakah kajian dan ramalan individu ini mengenai Olimpik 2012 menjadi kenyataan atau hanya untuk menjatuhkan reputasi London sebagai tuan rumah Olimpik 2012 untuk menimbulkan ketakutan kepada dunia?? Wallahualam. Hanya sekadar berhati-hati. Cuba korang lihat gambar mascot olimpik 2012. Kenapa Mascot tu mata satu??? Kenapa nampak pelik??? Apa kaitan mata satu dengan gerakan ini??? Korang mungkin dah ada jawapannya. Tapi adakah kebetulan??
anda juga boleh lawati laman ini untuk tambahan informasi... KLIK

Selasa, 24 Julai 2012

Berlalu Pergi


Bismillahirrahmanirrahim...
Hamdan Lillah Wa Syukran Lillah....

Baru beberapa hari saya x update blog, terasa lama pula...hoho..
Alhamdulillah hari ini kita telah memasuki hari ke empat puasa...
sekejap je rasanya masa berlalu...

Bila teringat kembali puasa tahun lepas, ana berpuasa sewaktu berkerja...
bila balik dari sekolah akan singgah di bazar berdekatan sekolah tempat ana mengajar untuk beli murtabak (itu pun kalu rajin)..hehe...


bukak puasa bersama dengan mak usu dan nenek... lepas tu bersiap-siap ke masjid untuk terawih berdua...
tahun ini pula... ana berpuasa bersama keluarga...
selepas terawih kelam kabut bersiap untuk ke masjid bersama umi...

apa pun tidak kira di mana kita, dengan siapa kita pergi, dengan apa kita pergi...

yang paling utama...

niat perlu di update dan sentiasa mendoakan agar segala apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah...


Insya Allah..nikah nanti pakai jubah mcm ni je ^_^





Selamat meneruskan perjuangan di bulan yang mulia ini...




Wa ilalliqa'...


Assalamualaikum
^____^

Jumaat, 20 Julai 2012

Kita Bertemu lagi

Bismillahirahmanirrahim...........
Marhaban ya Ramadhan...
Marhaban ya Ramadhan...
Marhaban ya Ramadhan...

sambil menaip sambil melagukannya... lagu dendangan opick... memeriahkan laptop ana yang kesepian... selepas melihat pengumuman puasa di tv... terasa semakin tidak sabar untuk bertemu dengan Ramadhan esok hari... Allahumma balighna fi Ramadhan... Ya Allah sampaikan pada Ramadhan... pastinya pada malam ini ramai jemaah akan berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat terawih... peluang yang bukan selalu di nikmati, hanya sekali sahaja dalam setahun... Bermula maghrib ini, semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan semua pintu neraka di tutup, syaitan diikat dan muslimin dan muslimat yang telah dijemput Allah bebas dari seksaan kubur...oleh itu, marilah kita merebut peluang yang Allah berikan untuk kita yang masih hidup ini berusaha untuk melakukan ibadah dalam setiap ruang waktu...jauhi dari sifat mazmumah seperti riak, bermusuhan dan sebagainya... jadikan bulan yang mulia ini untuk saling bermaafan di antara satu sama lain sekiranya ada salah faham dengan sesiapa... di sini ana ingin kongsikan sesuatu... sekiranya antum mempunyai masa terluang, boleh menonton gambaran dan solat-solat fardhu "live" dari masjid Nabawi (Klik di sini Masjid Nabawi dan dari Masjidilharam (Klik di sini Masjidilharam)... Semoga ruangan ini memberi kebaikan kepada kita semua dan yang paling utama sentiasa mendapat Redha Allah...

Sabtu, 14 Julai 2012

Tanggungjawab

Bismillahirrahmanirrahim....

sementara mood mengupdate blog ini masih ada... ana cuba ingin berkongsikan sedikit renungan...
dikesempatan waktu terluang yang baru bermula cuti semester... ana sempat menghadiri kenduri walimah mak cik saudara ana...  dah lama rasanya tidak menyaksikan sendiri situasi akad nikah di depan mata sendiri... kali terakhir melihat situasi akad nikah sewaktu ayah ana menjadi wali untuk adik perempuannya sewaktu di kampung perak dahulu... namun ana dapat lihat perbezaan bagi setiap negeri... mungkin ramai yang dah mengetahui, tapi bagi ana ni satu yang menarik dan jarang dilakukan....huhu...orang lain yang bernikah.. ana pula yang sedih...isk3...macam mana la situasi ana nanti...harap dapat kawal kesedihan... jikalau dahulu...selepas akad nikah, terus lakukan upacara pembatalan air sembanyang.... namun kini... satu pembahuruan baharu yang bagi ana patut di aplikasikan di seluruh negara ketika majlis akad nikah dijalankan... upacara yang dimaksudkan ialah upacara penyerahan tanggungjawab... yang mana... pertamanya=si wali perempuan (bapa si pengantin perempuan) memberi ucapan berupa penyerahan tanggungjawab kepada suami anak perempuannya.. keduanya= ibu si pengantin perempuan memberikan ucapan dan akhir sekali ucapan penerimaan tanggungjawab dari si pengantin perempuan... satu cadangan ana, lagi cantiknya si penganting lelaki dan si pengantin perempuan duduk berhadapan dengan kedua ibu bapa si pengantin perempuan....bagi ana mungkin terasa lagi memberi kesan kepada pengantin dalam membina mahligai rumahtangga.... pastinya kaum adam semua berdebar-debar saat ingin melafazkan akad  nikah....sampaikan ada yang perlu ulang dua tiga kali...semoga dijauhkan... cadangan ana...tidak perlu untuk meletakan mas kawin sampai ada sen-sen... ini mungkin akan menyukarkan si pengantin lelaki untuk menyebutnya ketika melafazkan akad nikah.. misalnya, rm 333.33... melihat angkanya begitu unik, seperti artis la katakan nombor semua serupa, tetapi fikirkan tentang perihal orang yang akan melafazkannya... Allah tidak akan menyukarkan hambaNya... cadangan ana lagi, perlu diwajibkan kepada semua pengantin lelaki melakukan solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran...

rata-rata pasti pernah melihat bila lafaz akad nikah di tuturkan dan saksi menyatakan "sah"... si pengantin perempua menitiskan air mata...bagi yang memikirkan tanggungjawab yang baharu dipikulnya, pasti merasakan tangisan air mata itu, adalah air mata yang meminta Allah berikan kekuatan untuk dirinya.... berbalik pada kisah yang ana hadapi tadi... ana terus teringat lagu saat lafaz sakinah... dan secara tidak sengaja, air mata menitik... memikirkan diri ana yang bakal melalui akad nikah nanti... semoga dipermudahkan  laluan ke arah hubungan yang halal dan di redhai Allah... semestinya bercinta selepas halal... itu yang terbaik...

mohon maaf andai ada terkurang dan kekhilafan semasa penulisan... semoga untaian kata-kata ini menjadikan kita semakin sentiasa mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t...Amin Ya Rabb...wailalliqa'




mohon maaf copy gambar ini... semoga pic ini menjadi contoh pada masyarakat luar

Kamarku dahulu

Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah diizinkan Allah memberi peluang menarik nafas dan merasai bulan sya'ban yang bakal berakhir tidak lama lagi... terasa semakin tidak sabar untuk bertemu Ramadhan....aku terlalu merinduinya... alhamdulillah juga, dapat menyambut puasa di dalam cuti semester... perancangan demi perancangan sudah di aturkan sebagai pengisian di bulan Ramadhan ini...Semoga Allah berikan ana kekuatan untuk melaluinya...

setelah 2 minggu menghadapi program bahasa yang wajib diikuti...banyak perkara yang dipelajari...kebanyakkan dari fesilatator dalam kalangan umur linkungan 20-an yang kini sedang meneruskan pengajian bagi peringkat master... fikiran ana mula melayang sebentar... memikirkan diri ini yang mungkin menamatkan pengajian degree dalam lingkungan 25 tahun...huhu... "bila la aku nak sambung master ni"....terasa kerdilnya diri ini... insya Allah...salah satu perancangan ana akan menyambung pelajaran bagi peringkat master selepas berkahwin nanti... hehe... melihatkan rakan-rakan lain gembira kerana telah selamat menghabiskan program bahasa ini selama 3 sesi... namun bagi situasi ana, ana perlu menduduki program bahasa 1 dan 2.... nampak gayanya, kena masuk awal bersama-sama adik-adik orentasi september ini...huhu...hati semakin berdebar-debar saat memikirkan semester depan yang bakal dihadapi...setelah di aturkan subjek yang bakal dibawa semester depan, terasa blur sekejap dan tanya pada diri..."shikin, sem depan kau kena amik 26 kreadit hour...macam mana kau melaluinya...."...ana hanya mampu berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan ana dan berikan yang terbaik untuk ana... 

2 minggu  yang dilalui cukup memberi kenangan... ditempatkan rumah di tingkat 6 tanpa lif....subhanallah...hanya Allah sahaja yang tahu bagai mana perasaan ketika itu... semoga semester hadapan mendapat rakan sebilik yang sefikrah dan saling sentiasa meningingati ke arah kebaikan...dan mendapat rumah di tinkat bawah-bawah...^___^

alamak..barang bersepah pula...hehe


loker yang selamat dikosongkan

meja study saya dihujung ni... satu semester di kolej kediaman satu

Sahabat semua yang dimuliaka  Allah... ana ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan...bersamalah kita bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah... anggaplah ramadhan ini umpama ramadhan yang terakhir bagi kita, supaya kita sentiasa berusaha sebaiknya....